nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan peruntuk RM1.5 bilion tingkatkan kuasa beli B40

27 SEPT: Kerajaan akan memperuntukan RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12)  menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga berpendapatan rendah (B40).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata ia adalah antara usaha lebih bersepadu akan dilaksana untuk meningkatkan pendapatan, dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40 serta kumpulan mudah terjejas.

Ismail Sabri berkata, bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial, juga akan diteruskan kepada mereka yang layak.

“Kerajaan tidak boleh bersendirian dalam perjuangan ini. Saya menyeru sektor korporat dan orang perseorangan untuk membantu Keluarga Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan.

“Sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan, termasuk melalui sumber pembiayaan alternatif seperti zakat dan wakaf, jika digembleng akan membawa manfaat yang besar,” katanya ketika membentangkan RMKe-12 di Parlimen sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kemiskinan pada hari ini juga dilihat dari pelbagai dimensi selain kewangan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata dalam aspek pendidikan, lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa.

“Dalam aspek kesihatan pula, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas. Isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 semakin meningkat. Untuk tujuan itu, isu ini akan ditangani secara komprehensif termasuk melalui makanan berkhasiat.

“Bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan ditingkatkan.

“Mereka juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar. Selain itu, kita akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata isu kemiskinan sangat dekat di hatinya kerana beliau dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

Beliau berkata pandemik COVID-19 yang melanda telah meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah, seterusnya menghimpit keluarga dalam kemiskinan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuk CSO, badan korporat, orang perseorangan dan majlis agama Islam negeri yang sentiasa prihatin dan menyokong Kerajaan dalam membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik.

“Bagi menangani isu kemiskinan dan kesenjangan pendapatan, kita perlu belajar daripada kejayaan yang dicapai oleh beberapa negara lain. Maka, inisiatif  membasmi kemiskinan tegar untuk memastikan rakyat miskin, termasuk miskin bandar dibantu, melalui pendekatan keseluruhan negara.

“Unit khusus pada peringkat Persekutuan dan di pejabat daerah akan ditubuhkan. Unit ini akan bertanggungjawab menyelaras pangkalan data secara bersepadu serta semua program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, sektor korporat dan CSO.

“Dengan adanya pegawai yang diberi tugas khusus, untuk menguruskan perihal kemiskinan pada peringkat daerah, saya yakin kemiskinan tegar dapat dibasmi pada tahun 2025,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.