nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAC akan panggil MOF, JKDM isu kegagalan sistem u-Customs

28 SEPT: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil wakil Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi bagi meminta penjelasan mengenai isu punitif membabitkan Sistem u-Customs yang gagal berfungsi sehingga hari ini, biarpun kerajaan sudah berbelanja ratusan juta ringgit.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata tindakan itu adalah antara prosiding terhadap 25 isu punitif yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 dan dijangka akan dilaksanakan mulai November ini.

Katanya, antara isu besar yang akan diberi perhatian adalah membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.

“Sistem bernilai RM397.43 juta ini gagal disiapkan sehingga kini sejak ia dimulakan pada Oktober 2013, sedangkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta kepada syarikat terpilih.

“Jika dilihat kos asalnya adalah sebanyak RM317.78 juta, namun selepas lima kali diberi pelanjutan masa (EOT), kos akhir menjadi RM397.43 juta dan status projek gagal disiapkan,” katanya pada sidang media  yang yang turut hadir, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid di Parlimen hari ini.

Wong Kah Woh

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, uCUSTOMS adalah sistem bagi memudahkan urusan kastam secara dalam talian, namun gagal disiapkan walaupun EOT diberikan

Kah Woh berkata, anggota PAC turut melayari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi melihat sendiri sistem berkenaan, namun tidak dapat diakses.

“Jika pergi ke laman sesawang, ada butang capaian uCUSTOMS, tetapi apabila diklik pada capaian terbabit, ia sekadar memaparkan ‘Error’,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap semua isu yang dikategorikan sebagai punitif.

Sementara itu, Nik Azman berkata, isu membabitkan JKDM dicatatkan sebagai pembaziran tertinggi dalam laporan berkenaan.

Ia diikuti projek bekalan air mentah Pahang-Selangor bernilai RM71.6 juta dan projek perkhidmatan rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan membabitkan RM4.89 juta.

“Pembaziran ini bermaksud bayaran dibuat untuk sesuatu projek namun gagal disiapkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.