nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Program tingkatkan pendapatan miskin bandar perlu diperkasa

29 SEPT : Strategi membasmi kemiskinan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) hendaklah berfokuskan dengan sasaran hasil yang lebih telus serta memberi impak terhadap kedudukan ekonomi golongan sasar tersebut.

Pada masa sama, Ahli Parlimen BERSATU Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pendidikan juga perlu diberi keutamaan terhadap golongan miskin kepada bidang-bidang yang bersesuaian dengan keperluan semasa yang berimpak tinggi serta kebolehpasaran seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) .

Menurut beliau, bidang berkaitan digitalisasi serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) perlu menjadi tumpuan oleh kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga asing di dalam kepakaran itu di samping melahirkan pekerja mahir di kalangan rakyat Malaysia.

“Saya juga mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada anak-anak muda yang tidak dapat meneruskan pelajaran bagi terlibat dalam industri hiliran dan perikanan. Fokus hendaklah kepada produk yang tersedia dan pasaran yang telah dikenal pasti sehingga di luar negara.

“Perusahaan di luar bandar ini akan melahirkan usahawan dan mencipta pekerjaan sekaligus dapat memastikan makanan-makanan negara akan sentiasa berterusan,” katanya ketika membahaskan RMKe-12 di persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Datuk Azizah Mohd Dun

Dalam pada itu, Azizah menyeru agar kebergantungan negara terhadap produk makanan import perlulah dikurangkan secara berfasa dalam lima tahun yang akan datang kerana bilangan import negara sudah mencapai RM55.4 billion pada tahun 2020.

“Saya mengalu-alukan rancangan kerajaan bagi menglibatkan syarikat swasta menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam usaha ini. 

“Syarikat-syarikat seperti Petronas mahupun Celcom boleh memainkan peranan penting dalam menghapuskan kemiskinan luar bandar dan bandar melalui kepakaran dan perkhidmatan yang sesuai,”katanya.

Sementara itu, Azizah turut mencadangkan agar program-program bagi meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin bandar perlu dilaksanakan kementerian berkaitan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri.

Menurut beliau ini dapat dikenal pasti bagaimana sumber manusia yang telah tersedia dapat digunakan secara maksima sekaligus membantu sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah.

“Statistik laporan kemiskinan isi rumah 2020 menunjukkan 223,000 adalah miskin bandar, kemungkinan besar golongan ini adalah penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mana di Kuala Lumpur sahaja mencatatkan 31,000 orang di 550 unit di 23 lokasi di Kuala Lumpur.

“Realitinya miskin dalam bandar adalah lebih teruk kerana mereka tiada ruang bercucuk tanam, bererti semua keperluan mereka perlu dibeli.

“Justeru, saya cadangkan PBT mengenal pasti tapak urban garden bagi membolehkan penghuni PPR bercucuk tanam,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.