nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Boleh perbaharui lesen, cukai jalan motosikal di PUSPAKOM

30 SEPT: Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal dan cukai jalan boleh diperbaharui di semua 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di seluruh negara, mulai esok.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata kemudahan itu merupakan inisiatif terbaharu untuk orang ramai terutama pemilik motosikal untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan.

“Diharapkan melalui inisiatif pembaharuan LKM di PUSPAKOM ini akan dapat memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan lebih efisien, cepat dan cekap.

“Ia juga sebagai satu inisiatif JPJ menyediakan kemudahan alternatif selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada (kaunter/kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Portal mySIKAP JPJ),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, JPJ dan PUSPAKOM sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai serta memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur selaras dengan objektif yang digariskan.

Menurutnya, sejak tahun lalu, inisiatif pembaharuan LKM tersebut mula dilaksanakan kepada kenderaan bermotor persendirian membabitkan kenderaan decontrolled (kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram ke bawah).

“Selanjutnya, pada 1 September lalu inisiatif pembaharuan LKM ini diperluaskan pula kepada kenderaan bermotor persendirian (kecuali kenderaan e-hailing),” katanya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PUSPAKOM 03-51017000, e-mel customerservice@puspakom.com.my.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.