nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RMKe-12 : Rakyat Luar Bandar Tarik Nafas Lega

30 SEPT : Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) merupakan dokumen penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan serta inklusif jika dilaksanakan mengikut peraturan yang betul.

Justeru, Ahli Parlimen GPS Baram, Anyi Ngau percaya bahawa pengumuman rancangan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuatkan segenap lapisan masyarakat khsususnya mereka yang menetap di kawasan luar bandar serta golongan B40 dan M40 menarik nafas yang lega.

Menurut beliau, ini kerana RMKe-12 menekankan kepada usaha kerajaan Keluarga Malaysia untuk merapatkan lagi jurang pembangunan di antara negeri-negeri di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Anyi Ngau turut mengharapkan agar kerajaan persekutuan dapat menerima cadangan daripada kerajaan Negeri Sarawak agar peruntukan besar diluluskan buat negeri itu.

“Umum mengetahui bahawa Negeri Sarawak adalah tergolong dalam negeri yang miskin. Kita juga tahu di kawasan pendalaman Sarawak seperti di kawasan saya mahupun kawasan lain di luar bandar, tahap pembangunan yang kita capai sehingga ke hari ini setelah 58 tahun Malaysia ditubuhkan masih ketinggalan dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain.

“Oleh demikian, saya menyokong penuh agar RMKe-12 ini menekankan kepada pembasmian kemiskinan dan dapat dilaksanakan,” katanya ketika membahaskan RMKe-12 di persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Anyi turut mengharapkan agar kerajaan persekutuan dapat menerima cadangan daripada kerajaan Negeri Sarawak agar peruntukan besar diluluskan buat negeri itu bagi melaksanakan beberapa projek di kawasan pendalaman.

“Selain itu, saya mohon jaringan jalan kawasan luar bandar serta jaringan telekomunikasi perlu diperhebatkan. Ini perlu dilaksanakan agar Sarawak akan dapat maju menjelang 2030,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.