nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU Terengganu sedia hadapi saingan 3 penjuru

2 OKT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berunding dengan PAS bagi menentukan jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi mereka di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Rosol Wahid, berkata langkah berkenaan penting bagi mengelak BERSATU dan PAS bertembung sesama sendiri di kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu, pada PRU-15, kelak.

“Rundingan mengenai jumlah kerusi ditandingi BERSATU dan PAS di Terengganu masih berjalan kerana besar kemungkinan PAS bersama kita pada PRU-15 nanti.

“Setakat ini tiada rundingan berlaku antara BERSATU dan UMNO. Jika perkara itu berterusan maka BERSATU kena siap sedia melawan UMNO dalam PRU-15 nanti.

“Walaupun besar kemungkinan akan berlaku saingan sengit antara BERSATU dan UMNO untuk merebut kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu, pada PRU-15 namun saya percaya kita akan ‘ok’ dan parti kita akan menang,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC hari ini.

ROSOL

Untuk rekod Terengganu kini mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. Pada PRU-14 lalu, PAS menguasai enam kerusi Parlimen, iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, manakala Barisan Nasional (BN) menang di Besut dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Parlimen Hulu Terengganu menjadi milik BERSATU selepas Ahli Parlimennya, Datuk Rosol Wahid menyertai parti itu pada Disember 2018, manakala PAS juga menguasai 22 daripada 32 DUN, manakala 10 lagi dimenangi BN.

Mengulas lanjut, Rosol berkata beliau sendiri tidak takut dan gentar untuk berdepan dengan cabaran pertandingan tiga penjuru termasuk menentang calon mewakili UMNO bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Terengganu, pada PRU-15 nanti.

Sebelum ini media melaporkan BERSATU Terengganu memohon dua kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN pada PRU-15 akan datang.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri, Datuk Razali Idris, dipetik sebagai berkata walaupun tiada sebarang rundingan pengagihan kerusi, BERSATU bersetuju PAS diberikan lebihan kerusi.

Razali berkata, BERSATU kini hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen Hulu Terengganu dan tiada kerusi DUN dimenangi calon BERSATU pada PRU lalu.

“Kita hanya minta dan mencadangkan PAS dapat memberi pertimbangan satu lagi kerusi Parlimen, selain mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Terengganu (untuk BERSATU).

“Sebagai parti dalam Perikatan Nasional (PN), kita juga mencadangkan lapan kerusi DUN diberikan kepada BERSATU untuk bertanding pada PRU akan datang,” katanya kepada media di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MTPN) kelmarin tidak membincangkan mengenai pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman yang meletak jawatannya, pada 25 Ogos lalu.

Rosol berkata isu pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker tidak berbangkit kerana ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat MPTN tidak menyentuh langsung mengenai perkara berkenaan.

“Khabar angin dilaporkan sebuah portal berita yang mengatakan mesyuarat MPTN menolak pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat adalah tidak benar kerana perkara berkenaan tidak dibincangkan pun dalam mesyuarat terbabit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.