nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

India tambah kekuatan tentera saingi China di sempadan

4 OKT: Ketegangan antara India dan China tidak pernah surut di persempadanan negara itu sejak pertempuran mengorbankan sejumlah besar anggota tentera Jun tahun lalu berhampiran lembah sungai Galwan di wilayah Ladakh, India berdekatan Tibet.

India memandang serius penempatan tentera China di persempadanan negara itu, yang dilihat semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, India turut menempatkan puluhan ribu tentera tambahan di wilayah tanah tinggi Himalaya.

Perkara itu dinyatakan Ketua Tentera India, Jeneral Manoj Mukund Naravane, yang bimbang pertambahan jumlah tentera China itu akan meningkatkan ketegangan.

Naravane, yang bercakap dengan wartawan di Ladakh semalam, memberitahu kehadiran tentera China di sepanjang sempadan 3,500 kilometer itu bertambah dengan ketara, sekali gus menjadi perhatian utama India.

“Kami juga menggunakan persenjataan canggih. Kami kuat, cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada akhbar Times of India.

India dan China sudah mengadakan rundingan ketenteraan peringkat tinggi selepas pertempuran Jun tahun lalu dan menurut Naravane, rundingan seterusnya dijangka diadakan minggu depan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, yang menuduh tentera India secara haram menyeberangi sempadan wilayah China.

Menurut New Delhi tuduhan China itu ‘tidak mempunyai fakta yang berasas’.

Minggu lalu, media tempatan yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan hampir 100 tentera China melintasi sempadan ke negeri Uttarakhand selama beberapa jam pada akhir bulan Ogos.

India dan China, pernah berperang secara besar-besaran pada 1962, saling tuduh menuduh antara satu sama lain dalam cubaan merebut wilayah di sepanjang sempadan tidak rasmi mereka yang dikenali sebagai Garis Kawalan Sebenar (LAC).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.