nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kemudahan asas luar bandar perlu diutamakan

4 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu memberikan lebih perhatian kepada pembangunan kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan seterusnya.

Ahli Parlimen GPS-Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab, berkata Kerajaan Persekutuan juga diminta membina lebih banyak jalan raya dan jambatan bagi meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Yusuf berkata beliau percaya dengan adanya kewujudan kemudahan asas berkenaan maka lebih banyak infrastruktur lain termasuk paip air dan bekalan elektrik dapat dibina di kawasan pedalaman dan luar bandar.

YUSUF

“Sebagai contoh paip air dan tiang elektrik lebih senang disiap di tepi jalan dan jambatan sekali gus menjimatkan penyediakan kemudahan asas berkenaan dengan ketara.

“Penjimatan berkenaan boleh digunakan untuk tujuan lain termasuk pembinaan balai polis, klinik kesihatan dan membaik pulih sekolah daif, dewan orang ramai dan tempat ibadah baharu.

“Bayangan apa yang bakal dinikmati oleh rakyat di luar bandar dan pedalaman termasuk di rumah panjang dengan kewujudan kemudahan jalan raya dan jambatan yang menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar nanti,” katanya ketika menyokong perbahasan RMKe-12 di Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan lain, Yusuf juga menggesa Kerajaan Persekutuan juga menyediakan lebih banyak peruntukan khusus bagi menangani masalah hakisan pantai di Sabah, Sarawak dan negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata langkah berkenaan perlu berikutan laporan menunjukkan 15 peratus kawasan pantai di Malaysia mengalami masalah hakisan pantai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.