nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan salur RM18 bilion bantu kekal sektor pekerjaan

4 OKT: Program Subsidi Upah (PSU) yang dilaksanakan kerajaan berjaya menyelamatkan lebih 2.9 juta pekerja daripada risiko diberhentikan kerja dan kira-kira 300,000 syarikat di Malaysia daripada ‘gulung tikar’ sejak negara berdepan pandemik COVID-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kerajaan turut mengeluarkan peruntukan RM18 bilion menerusi PSU bagi menjamin pekerjaan dapat dikekalkan ketika musim mencabar ini.

“Sebagai menteri, kalau ditanya apa pencapaian saya, kita sudah menyelamatkan dan membela 2.9 juta pekerja dengan sumbangan (kerajaan) lebih RM18 bilion.

“Negara dapat selamatkan nasib mereka (pekerja) dan lebih 300,000 syarikat daripada gulung tikar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PH-Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

SARAVANAN

Menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN-Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Saravanan berkata sehingga Julai lalu, terdapat peningkatan bilangan penganggur seramai 9,500 orang menjadikan jumlah penganggur kini sekitar 778,200 orang.

Katanya, dalam usaha memastikan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dengan sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan.

“Di bawah MPN, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dilantik sebagai pengerusi bersama bagi Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan.

“Sehingga 31 Ogos lalu, Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan sudah mencapai petunjuk prestasi (KPI) sebanyak 98 peratus iaitu 359,677 daripada sasaran 367,500 bagi penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan” katanya.

Beliau berkata, PERKESO turut memperluaskan elaun mencari pekerjaan kepada bukan pencarum terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, dengan elaun sekurang-kurangnya RM300 akan diterima apabila mereka mendaftar di bawah platform MyFutureJobs.

“Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta, skop insentif turut diperluaskan oleh PERKESO meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig yang memanfaatkan 60,000 pekerja dan majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek atau platform penyedia perkhidmatan gig berdaftar dengan pertubuhan itu.

Selain itu, katanya sejumlah RM125 juta turut diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif ‘Place and Train’ di bawah Program Janapreneur Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

“Inisiatif ini akan membuka peluang kepada 30,000 orang terutama belia lepasan sekolah dan graduan untuk mengikuti program latihan dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.