nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOT buat kajian teliti sebelum luluskan pembinaan KXP

5 OKT: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) ketika ini hanya diberikan kelulusan di peringkat merancang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan akhir untuk meneruskan projek itu terletak di bawah bidang kuasa MOT selepas meneliti setiap perancangan dan kajian.

“Kalau tak salah saya, pada 13 Ogos tahun lalu, semasa saya menghadiri mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di bawah pelan Malaysia, perkara ini dibangkitkan, mereka minta supaya KXP diluluskan dan ini salah satu agenda dibincangkan ketika itu.

“Tapi setelah menerima pandangan semua agensi, mesyuarat tersebut hanya membenarkan mereka merancang, bermaksud masih tertakluk kepada keputusan akhir Kementerian Pengangkutan.

“Dalam konteks ini, kalau nak luluskan sebuah lapangan terbang, ia kena melalui beberapa proses termasuk perancangan fizikal negara.

“Jadi kita masih tunggu perancangan daripada pasukan pakar berhubung KXP ini untuk meyakinkan kita, kena pertimbang semua sudut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH-Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang ingin tahu status pembinaan KXP kerana berdasarkan maklumat diterimanya, ia belum diluluskan oleh MOT.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan Putrajaya meluluskan pembinaan KXP selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa depan.

Datuk Seri Wee Ka Siong

Dalam perkembangan itu, Ka Siong berkata MOT akan melaksanakan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) pada akhir tahun ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kajian itu akan memastikan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang di Malaysia berdasarkan keperluan industri semasa dengan mengambil kira impak COVID-19 dan keperluan sistem jaringan kesalinghubungan pengangkutan negara.

“(Kajian itu) untuk menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar,” katanya.

Mengenai isu projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) tidak dimasukkan dalam dokumen RMK-12, Ka Siong berkata, cadangan projek itu sepatutnya dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) secara inisiatif pembiayaan swasta.

Bagaimanapun, katanya penularan pandemik COVID-19 memberi kesan negatif kepada industri penerbangan negara terutamanya kemampuan MAHB untuk membiayai projek itu.

“Berdasarkan perkembangan terkini dan kekurangan permintaan dalam industri penerbangan negara, projek ini akan ditangguhkan sehingga industri penerbangan pulih.

“Bagi tempoh ini, kerajaan sedang menyelesaikan beberapa isu termasuk pengambilan tanah di beberapa kawasan di sekitar LTAPP bagi membolehkan projek menaik taraf LTAPP dapat dilaksanakan setelah industri penerbangan pulih,” katanya.

Ka Siong berkata, penularan COVID-19 memberi kesan terhadap sektor penerbangan penumpang berikutan pelaksanaan sekatan perjalanan bagi sektor domestik dan antarabangsa oleh kerajaan bagi membendung penularan pandemik ini.

“Sektor penerbangan negara diunjurkan hanya akan pulih dalam tempoh tiga hingga empat tahun tertakluk kepada situasi semasa penularan COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, cadangan pembangunan lapangan terbang atau padang terbang bagi tujuan penyediaan perkhidmatan udara luar bandar akan diteruskan, bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Kementerian akan mempertimbangkan permohonan itu sekiranya ada keperluan mendesak penduduk di kawasan pedalaman negara dan akan mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menaik taraf atau membina mana-mana lapangan terbang berdasarkan laporan NASP,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.