nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada diskriminasi kaum berlaku terhadap OKT lokap PDRM

5 OKT: Isu kematian dan diskriminasi kaum terhadap tahanan dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara mencuri tumpuan dan memanaskan sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen hari ini.

Malah, keadaan menjadi semakin panas sehingga memaksa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun campur tangan dan meninggikan suara bagi meredakan ketegangan.

Terdahulu, Hamzah ketika menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PH-Batu, P Prabakaran dan Ahli Parlimen PAS-Jerai, Sabri Azit menjelaskan sebenarnya kadar kematian kalangan tahanan semasa dalam tahanan polis di negara ini adalah amat kecil.

Malah, Hamzah berkata bagi tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 30 September 2021, hanya 10 kes kematian dalam lokap PDRM dilaporkan.

“Daripada jumlah ini, empat kematian melibatkan lelaki Melayu iaitu dua di Perak, satu  Pahang dan satu Pulau Pinang manakala satu kematian melibatkan perempuan Melayu di Johor. Hanya dua kematian melibatkan lelaki Cina iaitu masing-masing satu (1) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kematian melibatkan dua (2) lelaki India masing-masing dilaporkan di Melaka dan Selangor manakala satu (1) kematian melibatkan warganegara asing dilaporkan di Sabah,” katanya ketika menggulung perbahasan RMK-12 di Parlimen sebentar tadi.  

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Mengulas lanjut, Hamzah berkata sehingga kini, Mahkamah telah memerintahkan satu (1) kes dalam prosiding inkues dan Sembilan (9) kes lagi masih dalam siasatan.

Katanya lagi, berdasarkan statistik sedia ada, tidak timbul soal diskriminasi berlaku terhadap mana-mana kaum semasa OKT berada dalam tahanan PDRM.

“Jadi, Ahli Parlimen jangan memperbesarkan isu diskriminasi dan perkauman dalam tahanan dan lokap PDRM.

“Saya menjelaskan perkara ini kepada Ahli Yang Berhormat bahawa kita mahu menambah baik pengurusan lokap PDRM dengan menambahbaik pemeriksaan kesihatan tahanan dengan pelantikan panel klinik swasta.

“Kaedah ini membolehkan pemeriksaan kesihatan tahanan dapat dibuat dengan segera sebelum dimasukkan ke dalam lokap,” ujarnya. 

Tambah Hamzah, begitu juga dengan pemasangan kamera video litar tertutup (CCTV) yang sudah diberikan kontrak pemasangan yang dipecahkan ke lima zon dan akan siap menjelang akhir tahun ini.

“Justeru, saya meminta semua ahli Yang Berhormat supaya tidak menimbulkan isu ini (kematian tahanan dalam lokap polis) sebagai isu perkauman.

“Ini kerana emosi menyebabkan kita terbawa-bawa sehingga boleh mencetuskan sesuatu yang besar dalam negara kita (masalah perkauman).

“Saya minta maaf Yang Berhormat saya minta maaf kerana terpaksa membangkitkan isu ini tetapi saya dengan perbahasan dan tidak patut ia dibangkitkan sebagai isu perkauman kerana peratusan kematian dalam lokap adalah sangat kecil,” tegasnya.

Bagaimanapun, penjelasan Hamzah itu tidak terima oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen PH-Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Prabakaran yang bangkit mempersoalkan kenyataan menteri berkenaan.

Berikutan itu, Azhar terpaksa campur tangan dan meminta semua Ahli Parlimen pembangkang yang bangun supaya duduk semula kerana masa perbahasan hanya tinggal tidak sampai 15 minit untuk giliran kementerian seterusnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.