nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1.9 juta remaja sudah terima dos pertama vaksin COVID-19

6 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga semalam 62.5 peratus atau 1.9 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kejayaan itu melepasi sasaran dan KPI kerajaan untuk memberi suntikan dos pertama kepada 60 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun menjelang bulan November nanti.

“Kita berjaya mencapai kejayaan melebihi sasaran awal iaitu 62.5 peratus dalam masa 14 hari. Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

Daripada jumlah berkenaan 343,000 atau 90.9 peratus yang berusia 16 tahun dan 344,000 atau 92.8 peratus 17 tahun sudah menerima dos pertama suntikan vaksin masing-masing.

Selain itu, 90 peratus pelajar Tingkatan 6, Semester 2 yang akan memasuki sekolah dan menghadapi peperiksaan besar sudah menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 masing-masing sekali gus menjadi adalah satu berita baik untuk kita semua,” katanya ketika menggulung ucapan perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata proses pelaksanaan vaksin COVID-19 kepada golongan remaja, hanya akan dilaksanakan dengan menggunakan vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sahaja.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Beliau berkata seperti ubat-ubatan lain, vaksin juga berkemungkinan mempunyai kesan sampingan yang dikenali sebagai ‘adverse event following immunization’ (AEFI).

“Setakat ini, beberapa kes AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara seperti rasa sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit sendi, demam, loya dan rasa tidak sihat.

“Sekiranya, berlaku kesan yang serius susulan daripada vaksin COVID-19, kerajaan pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata pemberian vaksin kepada remaja adalah secara sukarela dan ibu bapa bertanggungjawab dalam membuat pilihan terbaik selepas membaca dan memahami maklumat mengenai vaksin yang dibekalkan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan terus berusaha untuk memberikan penerangan berhubung faedah vaksin kepada ibu bapa dan remaja sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan anak-anak daripada jangkitan virus COVID-19.

Kerajaan juga merancang memberi fokus kepada pemberian vaksin ketiga dan booster dose kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga emas dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

“Adalah dianggarkan seramai 7.15 juta individu daripada kumpulan tersebut dijangka terlibat dalam pemberian dos ketiga dan booster dose vaksin nanti.

“Sama ada keperluan vaksinasi secara tahunan perlu diberikan kepada penduduk Malaysia akan dibincangkan kelak setelah hasil kajian antarabangsa dan data klinikal berhubung keperluannya diperolehi,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.