nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan Mahfuz berhubung rumah tamu YADIM tidak benar

8 OKT : Dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terhadap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan berhubung rumah tamu ternyata hanya satu fitnah semata-mata.

Menjawab dakwaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, rumah inap atau rumah tamu milik yayasan itu telah disewa sejak Disember lalu dan dibayar menggunakan duit poket  Nasruddin sendiri.

Selain itu, dakwaan Mahfuz berhubung perabot berjumlah RM22,000 di rumah tamu tersebut juga adalah tidak benar, kerana perabot yang digunakan di rumah tamu ini adalah perabot diambil dari YADIM dan Lembaran YADIM Sdn. Bhd yang sudah tidak digunakan lagi.

“Perkara-perkara yang disebutkan ini telah mendapat semakan oleh pihak Audit Luar bagi laporan kewangan YADIM tahun 2020 dan mendapati bahawa langkah yang diambil oleh YADIM adalah wajar dan mematuhi tatacara yang sewajarnya. 

“Sebagai sebuah Yayasan milik Kerajaan, YADIM mengalu-alukan keprihatinan setiap lapisan masyarakat terhadap perjalanan operasi dan tatakelola Yayasan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini. 

Datuk Mahfuz Omar

Justeru, Tuan Kamarul Arief berkata, YADIM percaya bahawa menjadi tanggungjawab semua untuk menyemak kesahihan dan kebenaran sesuatu yang ditimbulkan. 

“YADIM sentiasa komited terhadap aspek integriti yang menjadi teras kepada ajaran Islam dan keutamaan Kerajaan pada masa ini,” tegasnya. 

Terdahulu, Naib Presiden Amanah itu ketika perbahasan RMKe-12 mendakwa kononnya syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah dengan memasukkan perabot RM22,000 dengan tujuan sebagai rumah tetamu.

“Tetapi yang saya hairan mengapa rumah itu diduduki oleh Yang Dipertua YADIM sedangkan beliau sudah ada elaun perumahan dan dia telah menerima elaun itu.

“Jadi, mengapa syarikat Lembaran YADIM menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal Yang Dipertua YADIM?” dakwa Mahfuz di Dewan Rakyat. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.