nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KBS Rancang Jadikan Sukan Penyumbang Ekonomi Negara

9 OKT: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menggubal sebuah Pelan Tindakan Industri Sukan Negara bagi memastikan industri sukan terus menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelan yang bersifat komprehensif dan kompetitif ini bertujuan menjadikan sukan sebagai sumber baharu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, seiring perkembangan di peringkat global.

“Pelan ini amat wajar dibentuk setelah mengambil kira analisis berasaskan data ekonomi dunia yang menunjukkan nilai pasaran global sukan mencecah hampir AS$388.3 bilion pada tahun 2020 dan dijangka terus positif berkembang dan mencecah AS$599.0 pada tahun 2025.

“Data yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2020 pula menunjukkan seramai 32.7 juta rakyat Malaysia telah membelanjakan RM430 juta bagi tujuan sukan dan riadah,” katanya pada ucaptama pelancaran sambutan Hari Sukan Negara 2021 peringkat kebangsaan,  hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Pada majlis sama, Perdana Menteri juga melancarkan Program MyTID iaitu program pencarian dan pembangunan bakat baru dalam sukan yang dilaksanakan menerusi kerjasama KBS dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ismail Sabri berkata Program MyTID KPM-KBS ini dianggarkan melibatkan seramai 500 guru tenaga penguji terlatih (dikenali sebagai Talent Eagle) serta sasaran penyertaan seramai 60,000 orang murid dari sekolah rendah (Tahun 1-6) yang melibatkan semua Pejabat Pendidikan Daerah mengikut zon.

“Program ini dijangka akan membantu memperluaskan penyertaan bakat-bakat baharu (talent pool) seawal usia 7 tahun yang berpotensi di peringkat akar umbi untuk dikenal pasti dengan lebih awal dan mengurangkan risiko keciciran
bakat,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri juga mengumumkan Kerajaan akan memperuntukan RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan yang mengandungi lima teras, lapan objektif, 19 strategi dan 45 inisiatif.

Ismail Sabri berkata pelan berkenaan antara lain bertujuan memacu peningkatan pembabitan keseluruhan wanita dalam aktiviti sukan.

“Pelan berkenaan juga adalah dokumen menyeluruh yang menggariskan objektif, strategi dan inisiatif yang terancang itu juga dijangka meningkatkan kepemimpinan wanita dalam badan sukan, kejurulatihan dan kepegawaian sukan.

“Berikutan itu, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan ditubuhkan bagi merancang dan memantau pelaksanaan pelan tindakan berkenaan.

“Jawatankuasa ini dianggotai 15 pakar rujuk terdiri daripada wakil kementerian, badan sukan, bekas atlet dan individu berpengalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata secara keseluruhan, Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan, MyTID KBS-KPM dan Pelan Tindakan Industri Sukan Negara merupakan sebahagian daripada hala tuju perancangan dan pembangunan sukanyang sedang dibentuk oleh KBS melalui Visi Sukan Negara 2030. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.