nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan bentang pindaan RUU tingkatkan had siling KWC-19

11 OKT: Kerajaan hari ini membentangkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021.

Tindakan berkenaan perlu bagi memperoleh kelulusan untuk meningkatkan had siling perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pindaan berkenaan juga bagi membolehkan had statutori hutang semasa Malaysia dinaikkan daripada 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada 65 peratus.

Tengku Zafrul berkata kedua-dua pindaan RUU berkenaan penting bagi menentukan kesinambungan kepada usaha bersama kesemua ahli Dewan Rakyat dalam memelihara kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Beliau berkata sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah pun melaksanakan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion merangkumi kedua-dua langkah fiskal dan bukan fiskal, dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat, serta 2.4 juta perniagaan.

“Hampir 13 bulan yang lalu, dengan semangat muafakat kesemua ahli Dewan Rakyat, kerajaan berjaya meluluskan RUU KWC19 yang pertama bernilai RM45 bilion  pada September 2020, disusuli oleh persetujuan untuk meminda had siling tersebut kepada RM65 bilion pada Disember 2020.

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

“Had siling yang ditingkatkan pada waktu itu bertujuan untuk membiayai empat pakej pertama, iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN, serta sebahagian dari langkah Belanjawan 2021.

“Sebelum ini kerajaan mengambil langkah segera dan proaktif dengan melaksanakan empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi iaitu PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH bagi mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak COVID-19 pada awal tahun ini,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata keempat-empat pakej tersebut memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion.

Justeru, Tengku Zafrul berkata pindaan RUU dan peningkatan had hutang statutori adalah penting bagi memenuhi komitmen tersebut, serta untuk membiayai langkah yang seterusnya bagi tahun ini dan 2022 dalam memastikan momentum pemulihan negara dapat diteruskan.

“Ingin saya menekankan bahawa berdasarkan kedudukan semasa KWC-19, Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa peruntukan tahun ini tidak mencukupi untuk membiayai pakej-pakej tersebut. Ini adalah kerana sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan, dan baki siling setakat hujung September 2021 adalah berjumlah RM5 bilion ringgit sahaja.

“Mengambil kira keperluan tambahan tersebut, serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan 2022, adalah wajar supaya Akta 830 dipinda untuk menampung peningkatan had siling KWC-19 kepada RM110 bilion.

“Seperti yang saya nyatakan tadi, ini melibatkan pindaan Akta 830 supaya had statutori hutang ditingkatkan kepada 65 peratus daripada KDNK, berbanding 60 peratus sebelum ini, untuk membiayai perbelanjaan tambahan KWC19 sejumlah RM45 bilion, serta pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (atau RMKe-12),” katanya.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata dalam jangka masa sederhana, kerajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah RMK-12, dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.