nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bank peruntukan RM1 bilion biayai URUS

14 OKT: Sebanyak RM1 bilion diperuntukan peserta industri perbankan di negara ini bagi membiayai pengurangan kos faedah/keuntungan termasuk pengecualian faedah dan keuntungan bagi peminjam rentan B50 di bawah skim Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Usaha berkenaan adalah sokongan berterusan bank membantu segmen pelanggan individu kumpulan rentan menerusi skim berkenaan iaitu pelanggan B50 yang layak untuk mengurangkan kesukaran kewangan dicetuskan pandemik COVID-19.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Persatuan Bank Bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

“Bank bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menawarkan skim baharu yang direka secara bersama dikenali URUS kepada pelanggan individu.

“Sokongan yang diberikan oleh URUS membolehkan pelanggan individu mempunyai ruang bernafas bagi mendapatkan semula kedudukan kewangan mereka. Skim ini akan menyaksikan bank menyediakan kira-kira RM1 bilion untuk membiayai kos pengurangan dalam kos faedah/keuntungan termasuk pengecualian faedah/keuntungan untuk pelanggan B50,” katanya.

Persatuan bank itu berkata, skim berkenaan terbuka kepada pelanggan individu berdasarkan permohonan mereka yang berada dalam program bantuan pembayaran balik sedia ada seperti Bantuan Pembayaran Balik Bersasar (TRA); PEMERKASA Plus, PEMULIH dan program penjadualan dan penstrukturan semula milik bank setakat 30 September 2021.

Ia juga perlu memenuhi kriteria seperti mesti dari segmen pendapatan B50 iaitu pelanggan dengan pendapatan isi rumah kasar RM5,880 atau rendah berdasarkan definisi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sementara bukti pendapatan isi rumah adalah perlu untuk pelanggan yang tidak berdaftar sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Kriteria selanjutnya ialah mereka yang kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus dan mereka yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari setakat tarikh permohonan.

Di bawah URUS, AKPK akan menyediakan rancangan kewangan peribadi kepada pelanggan yang dibangunkan secara holistik, dengan mengambil kira keadaan kewangan pelanggan dan kemampuan untuk membayar semua obligasi pembiayaan.

Pelan kewangan itu akan merangkumi opsyen pengecualian faedah/keuntungan untuk tempoh tiga bulan, bermula bulan pelanggan menyertai skim itu atau pengecualian faedah/keuntungan tiga bulan bersama dengan pengurangan ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan secara keseluruhan.

Sepanjang tempoh itu, pelanggan dengan pinjaman/pembiayaan peribadi tidak dijamin dan kad kredit juga boleh mendapat faedah daripada pengurangan kadar faedah/keuntungan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

AKPK akan membantu memantau pelan kewangan sepanjang program dan mengkaji semula pelan dengan bank apabila keadaan kewangan pelanggan bertambah baik.

Perkhidmatan itu diberikan kepada pelanggan secara percuma.

Pelanggan individu yang memenuhi kriteria boleh memohon URUS melalui salah satu daripada bank mereka bermula 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Bank akan memberitahu pelanggan proses permohonan menghampiri tarikh itu.

Bank dan AKPK komited untuk memberikan proses aplikasi yang lancar dan mudah kepada pelanggan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.