nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kajian Projek Kereta Api Laju Akan Diserah Ke Kabinet

14 OKT : Kajian berhubung cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) domestik Kuala Lumpur- Iskandar Puteri akan diserahkan kepada Kabinet, sebagai cadangan alternatif kerajaan selepas pembatalan pembinaan HSR KL-Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kajian dan tinjauan berhubung projek tersebut kini telah siap sepenuhnya.

“Selain cadangan HSR KL-Iskandar Puteri, terdapat juga cadangan projek HSR untuk menuju kawasan utara iaitu menghubungkan ke Bangkok, Thailand. Namun, cadangan HSR bagi laluan KL-Bangkok itu masih di peringkat sangat awal kajian,”jelasnya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini projek HSR pada sesi soal jawab yang dikendalikan Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar pada persidangan secara maya itu.

Dalam ucapan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan laluan ke utara untuk disambung dengan HSR dari Bangkok ke sempadan Malaysia-Thailand dengan pembiayaan swasta yang membabitkan konsortium kewangan dalam negara.

Bercakap mengenai projek MRT3, menurut Mustapa, keperluan untuk membinanya sememangnya ada tetapi model bagi melaksanakannya perlu dilihat secara teliti.

“Keperluan untuk membinanya sememangnya ada, tetapi model bagi melaksanakannya perlu dilihat secara teliti. Terdapat juga cadangan untuk MRT3 dibangunkan secara ‘sederhana’ berdasarkan keadaan kewangan semasa kerajaan.

“Penggunaan pengangkutan awam kini pada paras 20 peratus dan kerajaan harap mencapai sekurang-kurangnya 40-50 peratus sejajar dengan konteks pembangunan lestari dan agenda hijau iaitu mengurangkan pelepasan karbon.

“Bagaimanapun, kita perlu melihat implikasi kewangan kepada kerajaan. Bagaimanapun, apabila situasi ekonomi pulih, kemudian kita akan melihat semula beberapa projek ini,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.