nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar Kabotaj: Ka Siong Hantar Surat Penjelasan Semalam

14 OKT: Penjelasan bertulis berkenaan jawapan lisan isu dasar kabotaj yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat telah pun dihantar oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, Selasa lalu. 

Perkara itu disahkan Presiden MCA itu di Facebook rasmi miliknya yang memaklumkan surat penjelasan bertulis bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu telah dihantar kepada Azhar dan disahkan penerimaannya, semalam.

Beliau juga yakin Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang membuat usul untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan mengelirukan Dewan Rakyat turut menerima salinan surat itu daripada Azhar.

“Untuk makluman semua, saya telah menghantar surat rasmi Penjelasan Bertulis Terhadap Usul Yang Berhormat (YB) Bagan dan YB Bukit Mertajam, Usul di Bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 12 Oktober 2021.

“Ia telah disahkan terima oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2021,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasminya, hari ini. 

Menerusi hantaran sama, Ka Siong turut memuat naik salinan surat kepada Azhar yang memaklumkan beliau dan Annuar telah menyerahkan penjelasan bertulis secara bersama berhubung pembatalan pengecualian dasar kabotaj bagi kapal asing yang melaksanakan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut.

Sementara itu, Ka Siong memberitahu beliau juga akan mengulas secara terperinci berkenaan perkara itu dalam sesi debat dengan Guan Eng, selepas Belanjawan 2022 dibentangkan pada 29 Oktober ini.

“Saya tunggu YB Lim Guan Eng, bila senang marilah kita berdebat!,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng mendedahkan kepada media salinan surat Azhar yang meminta Ka Siong membuat penjelasan bertulis berkenaan jawapan lisannya dalam isu dasar kabotaj.

Azhar menerusi surat itu memaklumkan penjelasan berkenaan adalah susulan usul dikemukakan Guan Eng untuk merujuk Ka Siong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan mengelirukan Dewan Rakyat.

Dalam jawapan lisan pada 30 September lalu, Ka Siong menyatakan dasar kabotaj bukanlah satu-satunya punca Malaysia tidak dilibatkan dalam projek Apricot oleh Facebook dan Google.

Namun Annuar dalam jawapan bertulis pada 5 Oktober, berkata Malaysia tidak dilibatkan dalam projek tersebut akibat dasar kabotaj yang tidak dapat diselesaikan.

Melalui dasar kabotaj, kapal berdaftar di Malaysia akan diberi keutamaan termasuklah untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kabel di dasar laut.

Dasar itu pernah dikecualikan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun dikuatkuasakan semula sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembatalan pengecualian kabotaj yang sebelum ini membenarkan kapal asing menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel perhubungan bawah laut di perairan Malaysia diumumkan oleh Ka Siong pada November 2020.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.