nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilihan Malaysia sebagai ahli MHAM pengiktirafan kepada negara


15 OKT : Pemilihan Malaysia sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM)  merupakan bukti pengiktirafan dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap usaha dan peranan Malaysia dalam membina kesepakatan serta menyumbang terhadap kemajuan hak asasi manusia di peringkat antrabangsa.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi keanggotaan itu, Malaysia akan memberi penekanan kepada kepentingan dalam memupuk semangat bekerjasama serta keterlibatan yang membina dan menyeluruh, telus, saling hidup secara aman dan menghormati antara satu sama lain.


“Sebagai ahli MHAM, Malaysia akan memperjuangkan hak golongan rentan terutamanya kanak-kanak, wanita, orang asli, dan warga tua. Malaysia bercadang untuk memperkasa golongan belia terutamanya dalam proses membuat keputusan di semua peringkat. 


“Malaysia turut akan mengutamakan akses kepada persekitaran yang selamat, bersih, sihat, dan lestari sebagai hak asasi manusia yang perlu dilindungi dan dipromosikan, sepertimana yang diperakui oleh MHAM baru-baru ini. 

“Di persada antarabangsa, Malaysia akan terus membantah sekeras-kerasnya penindasan hak asasi manusia yang dilakukan, antaranya terhadap rakyat Palestin dan Rohingya di Myanmar. Pada masa yang sama, Malaysia juga akan bekerjasama dalam usaha pembangunan semula Afghanistan, “katanya menerusi kenyataan hari ini. 


Datuk Saifuddin Abdullah

Terdahulu, Malaysia telah diberi kepercayaan melalui pelantikannya sebagai ahli MHAM bagi penggal 2022-2024 semasa pengundian sempena Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 14 Oktober 2021 dan negara telah berjaya meraih sebanyak 183 undi.

Malaysia sebelum ini telah menjadi anggota MHAM sebanyak dua kali, iaitu pada 2006-2009 dan 2010-2013 di mana Malaysia telah mengambil pendekatan yang seimbang dan tidak memihak kepada mana-mana unsur politik dalam menangani isu hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan Malaysia percaya bahawa peranan MHAM akan menjadi semakin penting dalam memastikan agenda hak asasi manusia terus diketengahkan, terutamanya ketika dunia kini sedang kembali pulih daripada wabak COVID-19.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan memainkan peranan aktif dalam MHAM serta proses-proses yang berkaitan, dalam mencari persefahaman dan dapat bangkit secara aman untuk menjadi lebih kuat daripada sebelumnya, serta memastikan bahawa tiada negara yang tercicir di belakang.

“MHAM adalah badan dalam sistem PBB yang bertanggungjawab dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia secara menyeluruh. 

“Ia dianggotai oleh 47 anggota yang memainkan peranan dalam mempertimbangkan semua isu tematik mengenai hak asasi manusia, kes pencabulan hak asasi manusia dan perkara–perkara tertentu yang memerlukan perhatian MHAM,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.