nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MAFI peruntukan RM63.32 juta untuk Program Kebuniti

16 OKT: Pandemik COVID-19 dan langkah mitigasi yang diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi melandaikan keluk pandemik ini telah menguji daya tahan sistem makanan negara.

Ini sekali gus telah memberi kesedaran terhadap betapa pentingnya pengeluaran bahan makanan tempatan dan rantaian bekalan makanan yang terjamin serta stabil.

Justeru, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM63.32 juta setakat ini kepada MAFI bagi menjayakan Program Kebuniti di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia telah memberi manfaat dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran setempat selain menjana peluang pekerjaan di samping menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar serta luar bandar.

Ronald (kiri) pada Program Sentuhan Kasih Tani di Dewan Kampung Bauto, Telupid, Sabah hari ini.

“Sejak 2014 sehingga 2020, sebanyak RM28.82 juta telah diperuntukkan untuk Program Kebuniti termasuk RM10 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada tahun 2020 yang telah memberi manfaat kepada 165,207 orang di seluruh negara.

“Susulan sambutan menggalakkan daripada masyarakat telah mendorong Kerajaan untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta tahun ini selain peruntukan tahunan sebanyak RM4.5 juta yang telah memberi manfaat kepada 39,608 orang melibatkan 25,775 lokasi seluruh Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan diperuntukkan untuk Program Kebuniti setakat ini adalah sebanyak RM63.32 juta. MAFI sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik serta memberi nilai tambah dalam kehidupan rakyat melalui peluang limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti pertanian,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi siaran media selepas mengadakan Program Sentuhan Kasih Tani di Dewan Kampung Bauto, Telupid, Sabah, di mana beberapa inisentif seperti Program Kebuniti, Program Pertanian Organik dan MAFI Prihatin telah disalurkan kepada mereka yang layak. 

Seramai 300 peserta dari pelbagai kampung di Telupid, Sugut dan Labuk akan menyertai Program Kebuniti yang menjalankan kaedah penanaman secara konvensional dengan insentif pertanian seperti pasu panjang (planter box), peralatan kecil, baja dan benih tanaman.

Dalam pada itu, Dr Ronald memaklumkan peruntukan berjumlah RM50 juta daripada MAFI untuk Program Pertanian Organik telah disalurkan kepada pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah MAFI. 

“Antara yang menerimanya adalah seperti Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan (DOF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). 

“DOA telah menerima peruntukan berjumlah RM10 juta dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM500,000 telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah pada 10 Mei 2021. 

“Seramai 27 komuniti di daerah Beluran, Sabah melibatkan seramai 83 orang peserta dengan keluasan seluas 33 hektar telah menerima manfaat daripada Program Pertanian Organik,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.