nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ramalingam kecewa dituduh salah guna dana MITRA

Salam Keluarga Malaysia

Saya berasa amat terkilan dan dukacita berhubung isu yang tular terutamanya di media sosial berkenaan dana daripada Geran Kewangan UNit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang melibatkan saya di mana ini dipercayai adalah agenda politik pihak tertentu untuk menggugat serta merosakkan inisiatif saya bagi masyarakat India khususnya belia India B40.

Saya hendak tegaskan di sini bahawa MACEP (Malaysia Aquaculture Entrepreneurship Programme) adalah satu inisiatif yang dirancang secara terperinci khususnya bagi kumpulan belia India B40. Inisiatif ini telah saya lancarkan pada tahun 2020 setelah saya dilantik sebagai Ahli Jemaah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

MACEP merupakan sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang penternakan akuakultur yang akan membolehkan peserta memperoleh pengetahuan, kemahiran serta kit permulaan untuk memulakan perusahaan penternakan akuakultur. Program ini memberi tumpuan kepada penternakan ikan “Jade Perch” yang berasal dari Australia kerana mempunyai pasaran yang meluas.

Objektif utama MACEP adalah untuk menggalak dan memperkenalkan teknologi penternakan akuakultur mengikut arus pemodenan semasa serta mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada belia India B40.

Penternakan ikan Jade Perch ini bagi membantu 1,000 belia India daripada golongan B40.

MACEP merangkumi fokus latihan terperinci, kaedah penternakan ikan “Jade Perch”, bahan-bahan baja serta makanan ikan untuk tumbesaran, kaedah rawatan air, kaedah penjagaan kualiti pembesaran ikan dan jaminan pembelian semula semua ikan yang diternak oleh peserta-peserta MACEP melalui usahasama serta bantuan LKIM.

Pada peringkat awal, perbincangan bagi merealisasikan inisiatif ini telah diadakan di pusat latihan kami di Broga, Semenyih bersama Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique; Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M.Saravanan; dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran; di mana telah dipersetujui cadangan pihak kami bahawa penyertaan seramai 1,000 orang belia India (B40) yang terdiri daripada 10 orang peserta mewakili 100 kawasan Parlimen di Malaysia untuk MACEP.

Sehubungan dengan itu, saya bersama Unit Komunikasi Media telah mengeluarkan kenyataan media dan berjaya mengenal pasti lebih daripada 1,000 orang belia India B40 yang ingin menyertai MACEP ini.

Pihak MITRA juga telah mengadakan lawatan penilaian awal ke pusat latihan kami di Broga sebelum MACEP diluluskan diikuti pihak saya menandatangani perjanjian kontrak di pejabat MITRA pada 3 Disember 2020 dengan kapasiti pelaksanaan bagi hanya 200 orang belia India B40 sebagai permulaan.

Untuk pengetahuan semua, pihak saya tidak menerima sebarang penyaluran dana daripada pihak MITRA sehingga kini walaupun kami telah menandatangani perjanjian kontrak atau “Contractual Agreement” pada tahun 2020.

Pada bulan September 2021, kami dipanggil oleh Ketua Pengarah MITRA yang baharu untuk perbincangan semula bagi merealisasikan MACEP ini. Beliau juga turut melawat Pusat Penternakan Ikan Jade Perch atau lebih dikenali sebagai “Jade Perch Hatchery” di Johor untuk memastikan program ini dapat dilancarkan pada bulan November 2021.

Saya begitu komited dan serius untuk membantu belia India melalui program ini di mana saya sudah melabur dana saya sendiri untuk menempah anak ikan atau “fingerlings” sebaik sahaja menandatangani kontrak pada Disember 2020. Disebabkan saya tidak mahu belia yang akan terlibat dalam program MACEP lewat dalam menerima hasil, maka saya telah melakukan tempahan awal dengan menggunakan dana saya sendiri. Justeru itu, saya terpaksa mengalami kerugian disebabkan tiada penyaluran dana daripada pihak MITRA.

Berikutan penjelasan ini, saya ingin meminta kepada mereka yang telah menuduh saya supaya tampil ke hadapan dan membuat laporan polis sekiranya dana daripada MITRA sudah disalur dan disalahgunakan oleh saya.

Saya menyeru semua pihak agar jangan terus memfitnah demi kepentingan politik kerana ianya hanya akan merugikan masyarakat kita sendiri.

Harapan saya kepada masyarakat India, khususnya belia agar jangan runtuhkan inisiatif ini demi kepentingan politik sesetengah pihak. Kita harus berganding bahu dan merealisasikan inisiatif MACEP ini dan membuktikan bahawa kita boleh mewujudkan usahawan yang berjaya dalam industri akuakultur.

SEKIAN. TERIMA KASIH

AK RAMALINGAM

SETIAUSAHA EKSEKUTIF MIC

AHLI LEMBAGA JEMAAH (LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA)

16 OKTOBER 2021

Get real time updates directly on you device, subscribe now.