nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Antivaksin Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang: PM

16 OKT: Pelbagai peruntukan undang-undang boleh digunakan terhadap golongan antivaksin bagi memastikan mereka tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa. 

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tindakan itu bukanlah disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Beliau juga menyambut baik dan bersetuju dengan gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar pihak berkuasa bertindak segera terhadap kelompok berkenaan.

“Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu.

ISMAIL SABRI

“Jadi bukan kerana antivaksin, tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan. Khairy Jamaluddin sudah cakap semalam dan kita bersetuju dengan apa yang disebutkan beliau,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. 

Terdahulu, Khairy Jamaluddin semalam memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Dalam pada itu, mengulas perkara berbeza, Ismail Sabri berkata sejumlah RM127 juta diperuntukkan bagi menaik taraf lif di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka mula dilaksanakan awal tahun depan.

“Jadi saya harap dengan bajet yang telah diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan dan juga RM127 juta yang diperuntukkan oleh DBKL untuk menggantikan lif, tidak ada isu lagi dan saya harap dapat mengurangkan isu yang berkaitan dengan rumah-rumah PPR di seluruh Wilayah Persekutuan. 

“Kesemua projek bagi menukar lif tersebut dianggarkan siap sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua tahun yang turut membabitkan sistem pendawaian elektrik memandangkan kesemua PPR yang dibina telah berusia puluhan tahun.

“PPR Seri Perak ini misalnya telah dibina dan diduduki sejak 1986, bermakna 35 tahun sekarang dan kita peruntukkan sebanyak RM1.8 juta untuk naik taraf sistem pendawaian,” katanya. 

Perdana Menteri juga memaklumkan, kerajaan Persekutuan di bawah PEMERKASA juga telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk tujuan menaik taraf infrastruktur PPR termasuk taman permainan dan sebagainya bagi semua PPR.

“Antara perkara yang turut diberi perhatian adalah masalah kawasan meletak kenderaan di kawasan PPR.

“Saya telah minta Menteri Wilayah Persekutuan untuk melihat jika ada kawasan-kawasan untuk dijadikan kawasan meletak kenderaan yang sentiasa bermasalah jika ada. Bagaimanapun seperti mana yang kita ketahui, kawasan di Kuala Lumpur ini agak terhad,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.