nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Surat bukti Annuar Musa tidak salah isu Dasar Kabotaj

25 OKT: Tan Sri Annuar Musa hari ini memuat naik di Facebooknya surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun susulan beliau dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dituduh mengelirukan Dewan Rakyat berhubung Dasar Kabotaj.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan bahawa surat tersebut membuktikan kenyataannya di Dewan Rakyat yang menerangkan bahawa Malaysia tidak tersenarai dalam Projek Aprikot iaitu projek pemasangan kabel dasar laut adalah atas keputusan syarikat berkenaan dan Dasar Kabotaj yang belum selesai.

“Dengan surat ini daripada Tuan Speaker, terbukti sudah jawapan saya jelas, menolak tuduhan jahat ahli-ahli Parlimen DAP yang kononnya saya dan YB Menteri Pengangkutan mengelirukan dewan,” katanya.

Dalam surat tersebut, Azhar Azizan menjelaskan bahawa kenyataan kedua-dua menteri berkenaan tidak bercanggah atau mengelirukan.

lim guan eng
Guan Eng (kiri) mendakwa tindakan Ka Siong dan Annuar antara faktor Malaysia tidak terlibat dalam Projek Aprikot.

“Intipati jawapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ialah bahawa dasar pengecualian kabotaj hanya terpakai kepada kerja-kerja pembaikan dan bukannya pemasangan kabel di dasar laut dan oleh itu ia tidak terpakai kepada Projek Aprikot (yang merupakan projek pemasangan).

“Oleh itu, saya berpendirian bahawa Pelaksanaan Dasar Kabotaj tidak wajar dipersalahkan sebagai satu-satunya faktor Malaysia tidak terlibat dalam projek tersebut,” katanya.

Tambahnya, Dasar Kabotaj hanya diputuskan Kabinet pada 8 Oktober lalu.

Sebelum ini, Lim Guan Eng mempersoalkan adakah Ka Siong akan mendakwa bahawa rakan kabinetnya salah mengenai dasar kabotaj yang mempengaruhi pelaburan syarikat teknologi di negara ini.

Ahli Parlimen Bagan itu menyatakan bahawa Ka Siong telah mengkritik Rais Hussin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ketika itu kerana mengkritik beliau mengenai dasar kabotaj, dengan menegaskan bahawa ia tidak ada kaitan dengan keputusan Facebook dan Google untuk tidak melibatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut Aprikot.

Guan Eng juga mengatakan Annuar Musa telah membuat penegasan yang serupa bahawa dasar kabotaj tidak dapat diselesaikan menyebabkan Facebook dan Google menjauhkan diri dari Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.