nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MEDAC sasar 18,000 peluang pekerjaan francais

27 OKT: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) menyasarkan 18,000 peluang pekerjaan dalam bidang francais bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata Pernas menerusi program ‘Business In Transformation’ (BIT) atau Transformasi Perniagaan membantu peniaga kecil ke arah perniagaan francais yang telah merangsang pertumbuhan model perniagaan ekonomi baharu, unik dan berdaya maju sekali gus memberi banyak pilihan kepada pengguna.

“Peniaga kecil yang menyertai program ini telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan penambahan outlet mereka, contohnya Putu Bambu World kini mempunyai 70 outlet berbanding 12 outlet sebelum menyertai BIT.

“Jika dahulu industri francais didominasi oleh sektor makanan dan minuman, kini sektor perniagaan industri francais merangkumi sektor kecantikan dan kesihatan, pakaian, perkhidmatan dan penyelenggaraan, kedai serbaneka dan pasar raya peruncitan, pusat pembelajaran serta asuhan kanak-kanak. 

NOH

“Saya yakin industri francais adalah salah satu instrumen untuk merangsang ekonomi negara,” katanya pada Program Business In Transformation & Franchisor Engagement (BITFE) anjuran Pernas di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad dan Pengerusi Pernas, Datuk Zakaria Mohd Edris.

Selain itu, Noh berkata, Pernas juga menyediakan program keusahawanan yang holistik dan berdaya saing menerusi Projek Be Your Own Boss (BYOB) yang disasarkan untuk golongan belia dan wanita Bumiputera menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam perniagaan francais dan pra-francais.

Selain itu, Noh berkata, kementeriannya juga telah meminta Pernas, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama dalam memudahkan urusan latihan, pembiayaan dan geran untuk usahawan francais.

Sementara itu, Zakaria berkata, Pernas menyediakan Program RECURVE yang menawarkan dana tambahan kepada usahawan bagi memulihkan perniagaan mereka.

Beliau berkata, sebanyak RM20 juta diperuntukan bagi tujuan itu yang memanfaat lebih 350 orang usahawan francais Pernas sedia ada.

Katanya, Pernas juga menyediakan moratorium kepada peminjam yang layak bagi semua pembiayaan selama enam bulan dengan jumlah keseluruhan moratorium yang diluluskan adalah kepada 337 usahawan sebanyak RM9.32 juta.

“Sehingga kini, Pernas telah mengeluarkan lebih RM376 juta untuk membiaya 1,954 usahawan dan pada tahun ini, Pernas telah membiaya sebanyak RM16.9 juta kepada 55 usahawan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.