nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS beri bayangan guna lambang bulan di PRN Melaka

29 OKT: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memberi bayangan bahawa PAS akan bertanding menggunakan lambang ‘bulan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Jika itu berlaku bermakna PAS menolak menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka seperti diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air berkata tindakan itu perlu selepas UMNO dan BERSATU bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS dalam PRN Melaka nanti.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo PAS dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya hari ini.

Difahamkan, Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas keputusan UMNO yang meletakkan syarat hanya akan bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika parti itu bertanding menggunakan logo sendiri.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi memutuskan meneruskan persefahaman dengan PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam PRN Melaka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di , Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan semua parti komponen PN bersepakat untuk menggunakan lambang gabungan tersebut bagi menghadapi PRN Melaka nanti. Muhyiddin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu telah membuat ketetapan iaitu BERSATU, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon-calon dalam pilihan raya negeri itu menggunakan lambang PN.

“Rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti Perikatan Nasional akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti Perikatan Nasional.

“Semua jentera parti-parti komponen parti Parti Perikatan Nasional digerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing bagi menggembleng seluruh tenaga dan upaya untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang,” katanya dalam satu kenyataan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.