nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gaji besar pikat rakyat Malaysia bekerja di luar negara

1 NOV: Tawaran gaji lumayan menjadi antara daya tarikan utama rakyat tempatan berhijrah dan bekerja secara haram di negara maju seperti Australia dan Korea Selatan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata sebagai contohnya gaji minimum di Australia adalah sebanyak AS$20.33 sejam (RM84.28), manakala kadar gaji minimum sejam adalah sebanyak ASD$8.00 (RM33.16).

Beliau berkata kadar upah yang tinggi ini secara tidak langsung telah menarik pencari kerja tempatan untuk bekerja di
luar negara.

“Bagi mengatasi masalah eksploitasi ke atas rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) telah memperuntukkan mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti merekrut pencari kerja tempatan untuk bekerja di luar negara perlu memperoleh lesen kategori B atau C di bawah Akta tersebut.

AWANG

“Akta 246 turut memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan aktiviti merekrut melainkan jika telah diberikan suatu lesen di bawah akta tersebut. Melalui peruntukan tersebut, semua agensi pekerjaan swasta yang berlesen hendaklah menjalankan aktiviti merekrut secara sah sama ada di dalam atau di luar negara.

“Sehubungan itu, pencari kerja tempatan yang berhasrat untuk bekerja di luar negara dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah KSM,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen BERSATU-Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kadar upah yang tinggi  menjadi punca ramai rakyat Malaysia sanggup bekerja secara haram di Australia dan Korea Selatan.

Shabudin juga meminta KSM menjelaskan apakah tindakan yang diambil bagi mengelakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi buruh paksa di negara  terbabit.

Mengulas lanjut, Awang menjelaskan sehingga kini tiada aduan terhadap agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah Akta 246 yang melakukan eksploitasi terhadap pekerja tempatan yang bekerja di luar negara.

Beliau berkata mana-mana orang yang melanggar peruntukan ini apabila disabitkan telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Awang berkata kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan rakyat tempatan bekerja dalam negara ini termasuklah memperkenalkan Program Malaysianization’.

Beliau berkata Program ‘Malaysianization’ diperkenalkan bagi membolehkan pekerja tempatan menikmati pendapatan tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan mereka.

Katanya, insentif Malaysianization diperkenalkan oleh kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah bertujuan membantu menambahkan pendapatan rakyat tempatan terkesan akibat penularan COVID-19,

“Sebagai contoh di kawasan tertentu di bandar misalnya jika mereka menerima gaji minimum RM1,200 maka kita akan tambah RM500 menjadikan jumlah gaji bulanan diterima adalah sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan.

“Di luar bandar seperti kawasan majlis perbandaran jika mereka menerima gaji minimum RM1,100 maka kita akan tambah RM500 menjadi gaji bulanan diterima mereka ialah RM1,600 tidak termasuk elaun lain.

“Langkah ini membolehkan rakyat tempatan menikmati pendapatan sekurang-kurangnya antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan tidak termasuk elaun lain disediakan oleh majikan swasta,” katanya ketika menjawab soalan tambahan.

Selain itu, kerajaan juga memberi insentif sebanyak RM300 setiap bulan kepada mana-mana individu yang mendaftar di bawah program pencarian pekerjaan menerusi portal PERKESO sehingga mereka mendapat kerja yang sesuai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.