nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Strategi 10 tahun elak Harimau Malaya pupus

11 NOV: Malaysia dijangka kehilangan spesies Harimau Malaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tindakan drastik tidak diambil dengan segera.

Ini berikutan spesies Harimau Malaya kini diancam kepupusan kerana data menunjukkan populasinya berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata berdasarkan dapatan Survei Harimau Pertama (First National Tiger Survey – NTS1) yang telah dilaksanakan mulai tahun 2016 hingga 2020, anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada 200 ekor.

Katanya, menyedari akan hal ini, Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 telah bersetuju dengan 9 tindakan strategik konservasi Harimau Malaya (seperti di Maklumat Tambahan) bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030 melalui tiga pendekatan.

WAN JUNAIDI

“Pertama, mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya.

“Kedua, meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National Tiger Conservation Task Force – MyTTF), Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai centre of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya.

“Ketiga, memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya,” katanya menjawab soalan bagi pihak Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Kemaman Tuan Che Alias Hamid yang meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata mengambil kira situasi terkini serta ancaman kepupusan Harimau Malaya, tindakan strategik luar biasa perlu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya di habitat semula jadi.

Beliau berkata sembilan tindakan strategik bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030 telah dikenalpasti dan dipersetujui Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 untuk dilaksanakan seperti berikut:

Katanya, tindakan pertama adalah dengan meningkatkan ‘boots on the ground’ yang melibatkan seramai 3,200 orang anggota termasuk anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia berasaskan strategi sifar pemburuan haram (zero poaching) di habitat utama Harimau Malaya berkeluasan 32,000 km persegi.

“Tindakan kedua dengan memperkukuhkan Special Protected Area Response Team (SPARTA) sebagai pasukan taktikal khas untuk konflik Harimau Malaya

“Ketiga, meningkatkan pemeliharaan dan pemuliharaan habitat utama Harimau Malaya, memperhebatkan program pembiakan intensif dan husbandari serta perolehan baka induk sumber makanan dan melanjutkan moratorium Rusa Sambar dan Kijang yang akan berakhir pada 30 November 2021,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menubuhkan National Tiger Conservation Task Force (NTCTF) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk menyelaras pelaksanaan dan pemantauan tindakan-tindakan strategik serta memperkukuhkan kerjasama semua pihak berkepentingan khususnya kerajaan negeri.

“Kerajaan juga menubuhkan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN yang memberi fokus kepada konservasi dan pengurusan konflik Harimau Malaya serta pemantauan secara sistematik dan komprehensif.

“Selain itu kita juga menubuhkan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM bagi mengukuhkan usaha menangani jenayah hidupan liar yang semakin kompleks dengan objektif untuk menyekat rantaian perdagangan hidupan liar.

“Kerajaan juga menyediakan insentif kewangan kepada kerajaan negeri melalui Tabung Dana Konservasi Harimau Malaya bagi menampung keperluan membiayai inisiatif konservasi Harimau Malaya dan meningkatkan pengurusan habitat Harimau Malaya melalui skim akreditasi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.