nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasatan menjurus masalah teknikal – TUDM

17 NOV: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat secara terperinci terutamanya masalah teknikal berhubung punca kejadian pesawat pejuang jenis Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata siasatan akan menjurus kepada masalah teknikal yang dipercayai menjadi punca pesawat Hawk terbabit terhempas.

“Kita akan buat siasatan terperinci,” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, awal pagi tadi.

Ketika ditanya mengenai keadaan mangsa yang terselamat, beliau enggan memberi sebarang ulasan.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ kira-kira jam 1.52 pagi.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan stabil.

Dalam kejadian itu, juruterbang berkenaan sedang melakukan latihan penerbangan.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan berkata kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) ketika nahas berlaku.

“Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini,” katanya yang memaklumkan kedua-dua mangsa telah berkahwin.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, TUDM telah diarahkan memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian itu.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera.

“Kementerian Pertahanan telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” katanya dalam akaun Twitternya malam ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.