nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar harga 5G disasar lebih rendah

18 NOV: Kerajaan yakin harga perkhidmatan 5G yang akan diumumkan nanti adalah lebih murah berbanding perkhidmatan 4G.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata rundingan harga masih berjalan namun kadarnya akan ditetapkan kementerian, bukan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) atau syarikat telekomunikasi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengesahkan sehingga ini masih tiada kelulusan diberikan dan teknologi 5G hanya akan dimeterai selepas kementerian meluluskan harga perkhidmatan tersebut.

“Banyak membuat andaian harga kepada spektrum kita guna pakai, tiga bentuk spektrum pada harga berbeza-beza. Saya tanya kepada DNB, harga itu sekitar RM6 bilion.

ANNUAR

“Ada juga beri anggaran kepada saya, berdasarkan harga lelongan dibuat di sesetengah negara, harganya boleh sampai RM15 billion. Isunya, kalau kita buat lelongan atau pendekatan borong spektrum, harga yang dibayar itu akan disalur kepada pengguna.

“Lebih tinggi harga yang diambil, lebih mahal pula caj dikenakan kepada pengguna sedangkan matlamat kerajaan nak pastikan, sebolehnya, walaupun 5G diperkenalkan, harganya boleh dikatakan lebih murah daripada 4G. Itu sasarannya,” katanya pada sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata isu kos melepas kepada kerajaan tidak berbangkit kerana pembiayaan teknologi tersebut, tegasnya, tidak menggunakan dana kerajaan.

“Tetapi ia diatur oleh swasta dan ia tidak guna konsep borong untuk halang harga terlalu tinggi perlu dibayar pengguna tapi ia menggunakan cara rundingan harga,” ujarnya.

Sebelum ini, DNB menjelaskan perbincangan telah dan sedang berlangsung dengan syarikat telekomunikasi berhubung pelancaran 5G negara, di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

DNB dalam satu kenyataan pada Sabtu, maklum balas syarikat telekomunikasi, terutamanya kesediaan mereka telah diambil kira dalam rancangan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara.

Penyedia tunggal perkhidmatan borong 5G negara itu menyatakan bahawa syarikat telah memasukkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mengenai bidang utama berkaitan reka bentuk dan pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G miliknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.