nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MAFI sasar 630,000 tan metrik hasil akuakultur

18 NOV: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), menyasarkan hasil pengeluaran dari sektor akuakultur akan meningkat kepada 630,000 tan metrik, pada tahun 2025.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh  berkata sumbangan sektor akuakultur ini akan terus diberi tumpuan selari Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021 – 2025.

Beliau berkata antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh MAFI melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk pembangunan akuakultur ialah memantapkan ladang sinergi melalui pengukuhan projek sedia ada dan penambahan projek atau kawasan baharu.

“Sebanyak 3 buah ladang sinergi akan ditambah dengan sistem ternakan baharu iaitu di Pulau Aman, Pulau Pinang serta Pulau Pangkor dan Teluk Temenggor, Perak.

NIK MUHAMMAD ZAWAWI

“MAFI juga memperkasakan estet ikan dengan mengekalkan produktiviti sedia ada serta menambah estet-estet baharu. Sehingga kini terdapat 4 buah estet telah dibangunkan di Pahang dan satu buah estet di Negeri Sembilan,” katanya ketika menjawab soalan lisan di Parlimen hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen BN-Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin yang meminta menteri berkenaan menyatakan akuakultur mempunyai potensi yang tinggi bagi menggantikan pengeluaran tangkapan ikan laut dalam.

Hassan juga bertanyakan mengenai berapa pengeluaran hasil ikan air tawar bagi tahun 2019 dan 2020 serta usaha untuk menggalakkan pengeluaran hasil akuakultur untuk eksport luar negara.

Dalam pada itu, Nik Muhammad Zawawi berkata MAFI juga akan mengukuhkan kluster ternakan dan pembenihan dengan mewujudkan program pembenihan ikan seperti siakap, kerapu, tilapia dan udang laut serta memberikan khidmat sokongan melalui Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur.

“Kita juga akan mewujudkan program Aqua Bijou (Bahasa Perancis yang bermaksud berlian) bertujuan untuk memberi sokongan kepada komuniti dan pengusaha ikan hiasan seperti betta, guppy dan udang hiasan. Melalui program ini, bantuan bagi peningkatan kemudahan dan peralatan turut disediakan.

“Bagi membolehkan hasil akuakultur dapat dieksport ke luar negara, MAFI telah merangka beberapa strategi seperti pemberian insentif bagi menggalakkan pengusaha akuakultur memohon Pensijilan MyGAP dan memfokuskan komoditi ternakan akuakultur kepada spesis yang mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara seperti udang putih, ikan kerapu, ikan siakap, udang harimau dan rumpai laut,” katanya.

Katanya, MAFI juga menyediakan kawasan-kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) untuk pelabur-pelabur tempatan dan luar negara berdasarkan potensi sumber kawasan, kesesuaian iklim dan teknologi pengeluaran.

Kita juga menyediakan insentif fiskal bagi pelabur-pelabur yang menjalankan aktiviti akuakultur seperti pengecualian cukai sehingga 100% ke atas pendapatan berkanun perniagaan selama 10 tahun taksiran bagi projek baharu dan 5 tahun taksiran bagi pembesaran projek,” katanya.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata kerajaan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan segera isu kenaikan harga makanan haiwan ternakan yang dihadapi pertanian dan penternak di Malaysia sekarang.

Beliau berkata antara langkah diambil kerajaan termasuklah mewujudkan jawatankuasa khas untuk menangani isu kenaikan harga makanan ternakan yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini.

Justeru, Nik Muhammad Zawawi berkata kerajaan akan membuka beberapa kilang memproses makanan ternakan di Malaysia bagi menangani masalah terbabit dalam masa terdekat.

“Antara cadangannya adalah untuk membuka kilang memproses makanan ikan daripada pucuk daun kenaf,” katanya dalam jawapan ringkas menjawab soalan tambahan di Parlimen sebentar tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.