nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jawatankuasa khas kaji terma beri rumah kepada bekas PM

19 NOV: Kabinet bersetuju menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji terma dan syarat permohonan penganugerahan rumah kerajaan kepada bekas Perdana Menteri akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata jawatankuasa berkenaan juga akan meneliti kadar, syarat dan had maksimum atau kuantum bagi penyediaan tanah dan rumah bekas Perdana Menteri.

Mengenai permohonan dikemuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi sebidang tanah dan sebuah rumah, beliau berkata, itu selari dengan peruntukan dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

“Susulan permohonan Najib, kerajaan menawarkan tiga plot tanah kerajaan kepada beliau.

Isu pemberian rumah RM100 juta kepada Najib akan dikaji oleh jawatankuasa khas termasuk kepada bekas PM akan datang.

“Kabinet juga secara prinsip bersetuju untuk menganugerahkan permohonan berkenaan, susulan hak beliau di bawah undang-undang.

“Bagaimanapun, keputusan ini belum muktamad dan tertakluk kepada pertimbangan lanjut dan kelulusan akhir kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Junaidi berkata berdasarkan perenggan 21, Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menetapkan elaun dan keistimewaan bekas Perdana Menteri, membabitkan elaun kerajaan, pemberian khas bernilai RM1 juta secara sekali bayar dan tempat kediaman.

“Bagi keistimewaan tempat kediaman, bekas Perdana Menteri mempunyai tiga pilihan, sama ada rumah kerajaan dengan kelengkapan penuh dan diselenggarakan percuma; elaun sewa rumah bernilai RM10,000 sebulan, jika mendiami rumah sendiri atau sebuah rumah kerajaan sesuai dengan status bekas Perdana Menteri ditawarkan secara percuma.

Terdahulu, pemimpin Pakatan Harapan dilaporkan bercadang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang sebelum ini dimeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan pakatan itu, minggu depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, ini kerana memorandum persefahaman itu perlu dikaji semula susulan isu ‘hadiah’ RM100 juta kepada Najib yang dibangkitkan ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat dasar, oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat, semalam.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat membangkitkan bagaimana isu hadiah itu tidak disebut dalam Bajet 2022 dan meminta Tengku Zafrul memberi penjelasan.

Bagaimanapun Tengku Zafrul berpendapat soalan itu lebih sesuai ditanyakan kepada Jabatan Perdana Menteri kerana isu berkaitan akta itu terletak di bawah kementerian terbabit.

Ini kemudian mendorong beberapa ahli parlimen pembangkang bangkit untuk meminta penjelasan.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi ketika mencelah penggulungan Tengku Zafrul mengingatkan setiap perbelanjaan negara perlu dibawa ke Parlimen untuk diluluskan dan bertanya bila hal itu akan dilakukan.

Tengku Zafrul juga mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta.

Beliau bagaimanapun berkata, permohonan itu dikemuka selepas pembentangan Bajet 2022 dibuat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.