nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekarang bukan masa sesuai bubar Parlimen

24 NOV: Kerajaan perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk rakyat di akar umbi sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan sekarang bukan masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, perkara paling penting dan perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan sekarang adalah usaha melandaikan lagi penularan COVID-19 dan memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar.

Para PRN Melaka lalu, BN mencatat kemenangan majoriti 2/3 hingga ramai pemimpin UMNO mendesak agar PRU-15 disegerakan.

“Kita tidak boleh hanya mengambil kira pandangan pemimpin parti UMNO tetapi perlu dengan pendapat semua pihak termasuk rakyat di akar umbi kerana mereka yang nak keluar mengundi.

“Pada ketika ini rakyat mahu melihat sejauhmanakah kesungguhan kerajaan melandaikan lagi penularan wabak COVID-19 dan kedua dari segi pemulihan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB di Putrajaya hari ini.

Mahdzir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan tindakan beberapa pemimpin politik termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendesak kerajaan segera melaksanakan PRU-15 berikutan kemenangan besar dicapai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu lalu.

Pada PRN Melaka lalu, BN berjaya menang  dua pertiga selepas mengguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) hanya dua.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata tindakan berkenaan perlu kerana ramai dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk pekerja serta perusahaan kecil dan sederhana masih terkesan dan sedang dalam proses pemulihan selepas hampir dua tahun negara dilanda pendemik COVID-19.

“Mereka baru mahu memulakan kehidupan. Apabila pandemik COVID-19 ini semakin pulih rakyat mahu kembali bekerja dan mencari rezeki.

“Ramai PKS mahu kembali berniaga semula selepas mendapat pelbagai bantuan kewangan daripada kerajaan termasuk dari MARA, RISDA, FELCRA dan KPLB sendiri sehingga masalah pendemik pulih,” katanya.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata beliau bersetuju jika kerajaan mahu mengadakan PRU-15 selepas keadaan ekonomi semakin pulih dan rakyat boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Apabila keadaan ekonomi pulih dan rakyat kembali kepada kehidupan normal jika kerajaan mahu mengadakan PRU-15 maka saya akan setuju,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.