nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohd Rafiq letak jawatan Pengerusi PN, Ketua BERSATU Melaka

26 NOV: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka berkuat kuasa serta-merta.

Naib Presiden BERSATU itu, menjelaskan beliau berharap peletakan jawatannya akan memberi peluang kepada kepimpinan baharu mengetuai BERSATU dan PN Melaka.

Mohd Rafiq berkata tindakan berkenaan juga membolehkannya beliau memberi tumpuan kepada tugas membantu parti membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya ingin memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka berkuat kuasa serta-merta.

“Surat rasmi peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU dan Pengerusi PN esok,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Untuk rekod, Mohd Rafiq sebelum ini tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang melabuh tirai Sabtu lalu.

BERSATU juga gagal mempertahankan kerusi disandang mereka dalam PRU 2018 iaitu DUN Telok Mas dan Paya Rumput, namun berjaya menang dua kerusi di DUN Bemban dan Sungai Udang dalam PRN Melaka kali ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata peletakan jawatan itu juga membolehkannya memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan BERSATU Bahagian Tangga Batu.

Mohd Rafiq berkata tindakan berkenaan juga membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.