nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT komited lahirkan graduan universal

6 DIS: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited untuk menangani isu kebolehpasaran siswazah terutamanya dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) telah menetapkan pembangunan bakat masa hadapan bagi memenuhi pasaran kerja yang diperlukan pihak industri.

Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut pihak kementerian tidak bekerja secara bersendirian malah bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi terkini.

“Antara usaha yang dilaksanakan oleh KPT ialah menubuhkan IR4.0 Competence Centre di mana program ini adalah untuk mewujudkan dan memperkasa pembelajaran dan penyelidikan menggunakan teknologi terkini.

NORAINI

“Pada masa sama, ada ditubuhkan University Regulation Teaching Factory di university teknikal dan KPT melalui institusi pengajian tinggi (IPT) ada mewujudkan ruang khusus untuk mengarap cetusan idea inovasi baharu.

“IPT juga ada memperkenalkan kokurikulum tersedia masa hadapan bagi melahirkan graduan yang universal,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) iaitu mustahak bagi universiti merangka dan melaksana program yang bersesuaian dengan pasaran, kehendak majikan dan pemegang taruh dalam menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Shamsul tentang usaha kementerian bersama pihak universiti dalam memahami keperluan dan memperkasakan graduan dengan kerjasama pihak industri agar kebolehpasaran graduan dapat memenuhi keperluan tenaga mahir dan separuh mahir.

Noraini berkata, pihak KPT dan universiti telah mewujudkan pelbagai program kolaborasi bersama pihak industri termasuk kerjasama strategik.

“KPT sentiasa menggalakkan kerjasama antara pihak universiti dengan pihak industri termasuk menyediakan platform dan input di peringkat strategik termasuklah majlis Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) negara dan Majlis Penasihat Industri.

“Selain itu, KPT turut menjalankan kerjasama straegik dalam bidang keusahawanan dan mengaktifkan Majlis Keusahawan Pendidikan Tinggi Nasional di peringkat kementerian untuk membantu penetapan hala tuju agenda pemerkasaan keusahawanan di IPT,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.