nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemulihan PMKS libatkan teknologi, prinsip kelestarian

7 DIS: Kerajaan menfokuskan kepada dua faktor utama dalam pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang paling terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila mengalami 95.3% penurunan jualan secara mendadak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PMKS harus memanfaatkan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi dan kedua, pembangunan jangka panjang yang menerapkan prinsip-prinsip kelestarian meliputi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan.

“Tumpuan harus diberikan kepada pengurangan kos dan peningkatan produktiviti menerusi kecekapan tenaga, prinsip ekonomi kitaran, amalan penggajian tenaga kerja yang baik serta struktur tadbir urus syarikat yang kukuh bagi memenuhi matlamat kelestarian.

“Menyedari hakikat bahawa penerapan prinsip-prinsip kelestarian adalah amat penting di dalam strategi perniagaan sesebuah PMKS, saya difahamkan SME Corp. Malaysia serta United Nations Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) sedang bekerjasama dalam usaha membangunkan PMKS yang mampan melalui satu platform digital yang dinamakan sebagai Action Centre for Sustainable Development of SMEs atau singkatannya ACCESS,” katanya pada majlis perasmian Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX 2021) .

Beliau berkata, platform tersebut akan menyediakan PMKS khidmat nasihat, pembangunan kapasiti serta jalinan rangkaian bersama syarikat besar yang terlibat di dalam amalan Sustainable Development Goals (SDG) serta ESG.

Tambahnya, pelbagai aktiviti menerusi e-dagang termasuklah pembayaran secara digital, pembelajaran jarak jauh, persidangan video serta perkhidmatan logistik merupakan perkara lazim di dalam ekonomi hari ini.

Ia juga, katanya adalah antara usaha yang boleh membiasakan PMKS dalam era persaingan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata, kehadiran PMKS dalam talian telah meningkat dua kali ganda daripada 35.3 peratus yang dicatatkan pada tahun 2019 (pra-COVID) kepada 75.8 peratus pada tahun 2021 (pasca COVID-19).

Untuk rekod, pada tahun 2010, sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM298 bilion namun pada 2020, jumlah itu meningkat kepada 72% bersamaan RM512 billion.

Selain itu, PMKS memberi peluang pekerjaan kepada 7.3 juta pekerja dan menyumbang RM118 bilion kepada eksport negara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penganjuran SMIDEX 2021 akan membuka ruang bagi membolehkan PMKS tempatan mendapat akses kepada pasaran yang lebih luas, seterusnya meningkatkan aktiviti perdagangan dan menyerlahkan kewujudan produk dan perkhidmatan tempatan secara menyeluruh di peringkat antarabangsa.

SMIDEX 2021 merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia yang dilaksanakan buat kali ke-21 dan pertama kalinya secara hibrid.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.