12 DIS : Sebanyak 97.3 peratus populasi dewasa atau 22,772,882 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin COVID19 setakat semalam.
Menurut data dari Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.7 peratus atau 23,094,811 golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja pula, sebanyak 89.7 peratus atau 2,824,847 individu berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 86.5 peratus atau 2,723,137 golongan itu lengkap divaksinasi.
Sementara itu, sebanyak 70,382 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 1,407 dos pertama, 2,353 dos lengkap dan 66,622 dos penggalak.
Bilangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,820,915 dos, manakala dos penggalak pula 3,597,902 dos.