nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM nafi tahan Voon Lee Shan

12 DIS : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan Lee Shan dikejar anggotanya,sebaliknya, SPRM hanya menyampaikan notis pemakluman kerjasama supaya beliau memberikan kerjasama dalam siasatan.

Sehubungan itu, SPRM  menafikan dakwaan kononnya Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan ditahan suruhanjaya terbabit seperti yang didakwa Presiden Parti Bumi Kenyalang itu.

Menerusi kenyataan tersebut, SPRM mengesahkan satu siasatan dibuat berhubung klip video yang disebarkan oleh seorang lelaki bernama Voon Lee Shan yang juga Presiden PBK dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

“SPRM Sarawak beberapa kali cuba menghubungi beliau namun beliau gagal dihubungi namun pada 12 Disember 2021, SPRM berhasil mengesan dan berjumpa dengannya di sekitar Kenyalang Park, bagi menjelaskan kepada beliau mengenai keperluan untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi membantu siasatan,” kata kenyataan itu.

Malah, beliau turut diserahkan Notis hadir pemeriksaan seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 sebagaimana kehendak undang undang.

“Jadi, dakwaan beliau dikejar adalah tidak benar begitu juga dakwaan tangkapan dilaksanakan ke atas beliau juga adalah tidak benar. Lee Shan memberi kerjasama dan hadir ke pejabat SPRM Kuching pada pagi ini untuk membantu siasatan,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, SPRM menegaskan sentiasa menjaga etika dan bersifat profesional ketika menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang.

Lee Shan mendakwa beliau ditahan pegawai SPRM pagi ini ketika beliau sedang memandu keretanya melintasi Kenyalang Park apabila diarah berhenti oleh sebuah kenderaan lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.