nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MKT akan teliti usul PRU lebih awal, pemilihan parti

18 DIS : Kepemimpinan tertinggi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan meneliti semua usul yang akan dikemukakan bahagian, terutama berkaitan mengadakan pilihan raya lebih awal dan pemilihan parti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO menegaskan, pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan pada hari ini kerana mesyuarat belum tamat sepenuhnya.

Sebaik tamat mesyuarat, ibu pejabat parti akan meneliti berapa yang mahukan pilihan raya awal, berapa yang mahukan pemilihan kepemimpinan parti awal.

“Semua usul ini akan dikumpulkan sebelum ia dibentangkan kepada lima pemimpin utama parti untuk kita pula akan membentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya yang juga Ketua UMNO Bagan Datuk.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu hari ini.

Dalam pada itu, kata Zahid, UMNO menaruh keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti, akan membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan ketetapan yang akan diputuskan oleh MKT kelak.

Katanya, ketetapan itu berdasarkan suara di peringkat akar umbi, termasuk ahli-ahli sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang mengusulkan supaya PRU-15 diadakan lebih awal sebelum tamat penggal Parlimen pada 2023.

Beliau berkata, 176 Pemuda UMNO bahagian serta 171 Puteri bahagian daripada keseluruhan 191 UMNO bahagian di seluruh negara, bersetuju dengan usul terbabit.

Ahmad Zahid berkata, kelewatan mengadakan PRU-15 akan menyukarkan UMNO untuk menangani pelbagai tuduhan dan fitnah seperti berlaku pada PRU-14 lalu.

“Biarpun kerajaan banyak lakukan perubahan, sentimennya ‘center of gravity’. Bila tuduhan diadakan bertubi-tubi, ramai yang percaya, termasuk pengundi, maka kerajaan tidak dapat bertahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.