nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

China berang stesen angkasa nyaris dilanggar satelit AS

29 DIS: Beijing berang dengan Amerika Syarikat (AS) apabila stesen angkasanya nyaris dilanggar satelit SpaceX milik Elon Musk.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan Tiangong, stesen angkasa lepas baharu China, terpaksa bergerak untuk mengelak daripada bertembung dengan satu satelit Starlink pada Julai dan satu lagi pada Oktober lalu.

Menurut nota dikemukakan Beijing kepada agensi angkasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) bulan ini, tindakan seumpamanya berbahaya kepada kehidupan atau kesihatan angkasawan di Stesen Angkasa China.

“AS…mengabaikan kewajipannya di bawah perjanjian antarabangsa, menimbulkan ancaman serius kepada nyawa dan keselamatan angkasawan,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada taklimat rutinnya semalam.

Starlink, sebahagian daripada SpaceX, mengendalikan hampir 2,000 satelit bertujuan menyediakan akses internet di kebanyakan ruang di bumi.

SpaceX ialah syarikat swasta AS, bebas daripada agensi angkasa lepas awam, NASA dan tentera AS.

Bagaimanapun, China dalam nota kepada PBB, menegaskan ahli Hal Ehwal Angkasa Lepas, juga bertanggungjawab ke atas tindakan oleh entiti bukan kerajaan itu.

Bercakap kepada pemberita, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, enggan menjawab secara khusus tuduhan China itu.

“Kami sudah menggalakkan semua negara yang mempunyai program angkasa untuk menjadi pemain bertanggungjawab dengan mengelakkan tindakan yang boleh membahayakan angkasawan, orang lain yang mengelilingi bumi atau mana-mana yang berpotensi,” katanya.

SpaceX masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Pergerakan bagi mengelak serta mengurangkan risiko perlanggaran di angkasa semakin kerap berlaku selepas lebih banyak objek mula memasuki orbit Bumi, kata Jonathan McDowell dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian.

“Kami benar-benar menyedari peningkatan jumlah pertembungan sejak Starlink mula digunakan,” katanya.

Katanya, perlanggaran berkemungkinan boleh meruntuhkan sepenuhnya Stesen Angkasa China dan membunuh semua orang di atas kapal.

Modul teras stesen China, Tiangong, yang bermaksud ‘istana syurga’, memasuki orbit awal tahun ini dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Sementara itu, aduan dikemuka Beijing mengenai Starlink mencetuskan kritikan di media sosial China, terutama terhadap pengasasnya, jutawan SpaceX, Elon Musk, yang dikagumi secara meluas di Tanah Besar itu.

Satu hashtag mengenai topik itu di saluran Weibo, mirip kepada Twitter, mendapat 90 juta tontonan semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.