nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS perlu hormati pendirian UMNO – Shahril Sufian

31 DIS: Pemimpin PAS diminta menghormati pendirian UMNO berhubungan isu memperkasakan Muafakat Nasional (MN).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO tidak sesekali menolak MN, malah pendirian rasmi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 juga menyebut keinginan memperkasa MN.

Bagaimanapun, katanya adalah kurang wajar pimpinan parti lain mengutarakan pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden PAS, saya menganggap kenyataan beliau mengenai pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi sebagai kenyataan yang kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain.

UMNO tidak menolak memperkasakan MN tapi pendirian PAS untuk bersama BERSATU menyulitkan perkara tersebut.

“Sepertimana tidak wajar saya mengajar PAS tentang hal dalaman PAS, saya berharap kepimpinan PAS juga menghormati “decorum” dalam hubungan antara parti dan mengelak dari membuat komen bagi pihak UMNO.

“Sama ada majoriti ahli MKT menyokong atau tidak menyokong sesuatu perkara, menjadi rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar. Yang penting ialah pendirian dan keputusan parti kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan majoriti MKT UMNO mahu bekerjasama mengukuhkan MN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, ia membolehkan rundingan kerusi bersama UMNO dicapai bagi mengelak pertembungan kerusi dalam PRU-15.

Menurut Shahril Sufian, seperti mana-mana organisasi yang punyai struktur, setelah dimurnikan semua suara dalam badan pembuat keputusan, sesuatu pendirian rasmi dikeluarkan.

Justeru, katanya, soal pandangan mana-mana individu yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat merupakan soal dalaman organisasi yang tak perlu dispekulasi oleh pihak lain.

Menjelaskan mengenai pendirian UMNO dalam MN bersama PAS, beliau berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan suatu lagi pendirian rasmi bahawa UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersama Malaysia (BERSATU) semasa PRU-15.

“Maka, apabila PAS bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN), maka ia meletakkan UMNO dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN sepertimana dahulu.

“Sehingga terpaksa ada pertembungan pelbagai penjuru apatah lagi jika PAS bertanding atas lambang PN seperti di Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya.

Meskipun begitu, katanya, UMNO tetap menghormati pendirian PAS dan tidak memaksa parti itu melakukan apa yang mereka tidak mahu dan berharap PAS turut menghormati pendirian UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.