nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini

10 JAN : Aktiviti belian lewat dalam saham wajaran tinggi diterajui CIMB dan Press Metal melonjakkan Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Isnin di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau lain, kata para peniaga.

Dua kaunter itu menyumbang gabungan 5.70 mata untuk membantu meningkatkan indeks petunjuk pasaran.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.06 mata untuk ditutup kepada 1,550.17 daripada paras penutup 1,543.11 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks itu dibuka tinggi naik 0.27 mata kepada 1,543.38 dan mencecah paras terendah 1,540.31 ditengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Bagaimanapun, keseluruhan suasana pasaran agak negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 502 berbanding 454, manakala 402 kaunter tidak berubah, 915 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.65 bilion unit bernilai RM2.38 bilion berbanding 4.14 billon unit bernilai RM1.90 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tinggi apabila pelabur terus mencari saham berharga murah terutamanya saham sarung tangan dan saham wajaran tinggi perbankan.

“Pasaran serantau utama diniagakan kebanyakannya tinggi meskipun petanda negatif daripada Wall Street pada Jumaat apabila para peniaga terus membeli saham pada harga rendah selepas aktiviti jualan baru-baru ini,” katanya.

Nikkei 225 Jepun susut 0.03 peratus kepada 28,478.56, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.08 peratus kepada 23,746.54, Indeks Straits Times Singapura menokok 0.67 peratus kepada 3,226.76 dan Kospi Korea Selatan turun 0.95 peratus kepada 2,926.72.

Di pasaran domestik, Thong berkata FBM KLCI bergerak dalam keadaan stabil sejak awal Januari apabila para pelabur masih berhati-hati berikutan peningkatan kemeruapan serantau.

“Kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam jajaran 1,540-1,560 bagi minggu ini. Dari segi teknikal, paras sokongan tidak berubah pada 1,530 manakala paras ketahanan berada pada 1,570,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank naik 2.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM8.34 dan RM4.18, Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepada RM8.90, CIMB melonjak 21 sen kepada RM5.67, IHH Healthcare berkurangan 6.0 sen kepada RM6.68 manakala Press Metal meningkat 13 sen kepada RM5.88.

Dalam kalangan kaunter cergas, Fintec dan XOX naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 1.5 sen dan 3.0 sen, Trive Property menambah 5.0 sen kepada 13 sen manakala MQ Technology meningkat 1.5 sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.27 mata kepada 11,230.69, Indeks FBMT 100 meningkat 19.61 mata kepada 10,923.25, Indeks FBM Emas Shariah turun 32.84 mata kepada 12,026.64, FBM ACE melonjak 61.86 mata kepada 6,753.89 dan FBM 70 turun 105.05 mata kepada 14,222.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 158.91 mata kepada 15,866.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.67 mata kepada 202.94 manakala Indeks Perladangan menokok 12.06 mata kepada 6,730.89.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.47 bilion saham bernilai RM1.98 bilion daripada 1.97 bilion saham bernilai RM1.5 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 248.02 juta unit bernilai RM33.34 juta daripada 247.10 juta unit bernilai RM32.95 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 2.95 bilion saham bernilai RM360.39 juta daripada 1.92 juta saham bernilai RM364.64 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 600.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.04 bilion), pembinaan (213.26 juta), teknologi (703.99 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (68.56 juta), hartanah (209.20 juta), perladangan (11.34 juta), REITs (5.27 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (208.94 juta), penjagaan kesihatan (78.86 juta), telekomunikasi dan media (42.66 juta), pengangkutan dan logistik (264.94 juta) dan utiliti (17.55 juta).– BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.