nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendapat Nik Abduh isu pengguguran Khairuddin

18 JAN: YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at Takiri adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram cahayanya.

Apabila Datuk Seri Setiausaha Agung PAS dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada Jawatankuasa PAS Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan PN, maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain.

Ia masalah disiplin dalam parti. Buah gugur bila sudah cukup masak atau ditiup angin kuat. Buah juga boleh gugur kerana dipotong atau dibedal dengan galah oleh budak-budak.

Gugur mesti bersebab. Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada orang awam, bukan hanya kepada ahli parti.

mohd khairuddin aman razali
MOHD KHAIRUDDIN

Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja. YB Datuk Dr Mohd Khairuddin at Takiri adalah antara figura utama pemimpin PAS.

Beliau seorang bekas menteri daripada parti PAS. Beliau juga adalah setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS. Maka menjadi hak orang ramai, bukan hanya ahli PAS untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut.

Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjamaah. Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan pencalaran tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak PAS juga.

Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam perlembagaan PAS .Justeru, saya kira penjelasan rasmi harus diberikan segera.

Ia boleh membina persepsi yang baik kepada parti PAS. PAS sekarang memerintah negara. Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat.

Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus. Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk.

Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk ‘bekeng’. Logiknya Datuk Khairuddinlah yang patut mencabar sebab beliaulah yang patut rasa tercabar atau marah kerana telah digugurkan dengan alasan disiplin jamaah yang masih belum diketahuinya secara rasmi sebagaimana telah dijelaskan dalam mesyuarat PAS Pusat.

Biasanya tindakan disiplin parti didahului oleh kebisingan di luar. Lalu orang ramai terutama orang surat khabar akan menunggu-nunggu apakah tindakan parti terhadap ahli parti yang buat bising-bising.

Contohnya UMNO. Dalam UMNO ada beberapa pemimpinnya yang acap mencabar presiden partinya. Ia menjadi bising di luar. Macam besar sangat krisis bakal meletus.

Lalu rakyat dan orang surat khabar menunggu-nunggu tindakan parti. Khabar angin atau desas-desus berlaku dan viral. Tetapi UMNO nampak tenang dan buat ‘donno’ saja. Orang surat khabar jadi kecewa kerana tak boleh buat berita.

Cara PAS dan UMNO berbeza. Masing-masing ada cara. Saya adalah sahabat rapat YB Datuk Dr Mohd Khairuddin at Takiri. – NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABUL AZIZ, AHLI PARLIMEN BACHOK 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.