nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perintah larangan berhimpun di ibu kota selama 7 hari

21 JAN : Perintah larangan untuk mengadakan sebarang perhimpunan sekitar Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang berkuat kuasa selama tujuh hari bermula semalam.

Arahan tersebut dikeluarkan ekoran terdapat perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan di sekitar kawasan terbabit pada pukul 11 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya telah menggerakkan seramai 1,010 anggota serta pegawai Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Bukit Aman bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di lokasi berkenaan.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi dan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta peserta himpunan itu mengikut undang-undang.

“Setakat ini, kita sudah rakam keterangan 16 individu termasuk lima ahli politik dan aktivis, Adam Adli Abdul Halim untuk membantu siasatan himpunan itu. Kita tidak menerima sebarang pemberitahuan dan permohonan daripada pihak penganjur. Saya juga ingin menasihatkan orang ramai bahawa Kuala Lumpur masih berada dalam Fasa 4 PPN.

“Sentiasa pakai pelitup muka dan jangan berada di kawasan sesak. Dalam hal ini, kita akan ambil tindakan tegas mengikut keperluan dan keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya

Sebelum ini, media melaporkan penganjur perhimpunan bagi mendesak Azam ditahan akan tetap diteruskan walaupun pihak polis telah memberi amaran melarang sebarang perhimpunan diadakan di ibu negara kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN.

Noor Dellhan berkata, pihaknya akan melencongkan enam jalan utama di ibu negara iaitu Jalan Kucing, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail bermula jam 7 pagi esok bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Selain lencongan jalan, pihak stesen Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga akan membuat penghentian sementara operasi di beberapa stesen dalam kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi dalam tempoh sama.

“Ia membabitkan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling (enam stesen), LRT Laluan Kelana Jaya (empat stesen), MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (tiga stesen), monorel (sembilan stesen) dan KTM (tiga stesen),” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.