nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Memorandum pindaan Akta Parlimen diserah Mac depan

28 JAN: Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen hari ini mencadangkan untuk mengembalikan kuat kuasa Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dihentikan kuat kuasaannya semenjak 1993.

Mesyuarat berkenaan turut mencadangkan beberapa pindaan berkaitan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata suatu draf syor-syor Jawatankuasa itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan mengemukakan memorandum kepada Jemaah Menteri sebelum Mac 2022.

“Di bawah Akta ini (Akta Perkhidmatan Parlimen 1963) terletak sebahagian fungsi dan kuasa asingan Parlimen termasuk dari segi otonomi pentadbiran dan kewangan.

“Tanpa pengembalian fungsi dan peranan pentadbiran dan kewangan, Parlimen tidak akan berfungsi secara berasingan daripada kuasa Eksekutif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Rais itu turut dianggotai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan kedua-dua Setiausaha Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta pegawai-pegawai yang mewakili pelbagai jabatan.

Bagi cadangan beberapa pindaan berkaitan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Rais berkata, ia terkandung dalam syor Jawatankuasa Transformasi itu bagi mewujudkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas Kod Etika Ahli-ahli Parlimen.

Ia termasuk, katanya, kuasa menghukum pihak-pihak yang mencela atau mempersenda kuasa Parlimen dan mana-mana jawatankuasa serta hal ehwal pentadbiran Parlimen.

“Secara amnya, keperihalan Perkara 44 dan 55 Perlembagaan Persekutuan yang mengasingkan Parlimen dari mana-mana entiti lain adalah menjadi keutamaan.

“Usaha mewujudkan fungsi dan peranan Parlimen yang berasingan dari pengawalan cabang Eksekutif telah lama dipolemikkan.

“Namun tiada menjadi tindakan asas sehingga kini khasnya susulan MoU (memorandum persefahaman) antara Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pihak pembangkang bulan September lalu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.