nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengerukan lembangan jeti feri bermula semalam

7 FEB: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah serta-merta melantik kontraktor melalui perolehan darurat untuk tujuan pengerukan di lembangan (basin) jeti susulan tularnya feri Langkawi-Kuala Perlis tidak dapat belayar mengikut jadual yang ditetapkan pada 2 Februari lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MOT melalui agensi, Jabatan Laut Malaysia (JLM) melakukan kerja-kerja pengerukan tersebut yang mula beroperasi semalam dan berakhir pada 20 Februari ini.

“Sebagaimana maklumat yang tular di media sosial, feri Langkawi-Kuala Perlis tidak dapat belayar disebabkan air alur pelayaran Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis telah surut di bawah paras 1.6 meter.

“Perkara ini telah menyebabkan feri-feri yang beroperasi hanya boleh merapat dan belayar apabila air pasang.

KA SIONG

“Insiden ini telah menyebabkan kelewatan ketibaan feri dari Jeti Kuala Perlis dan seterusnya menyebabkan impak kesesakan di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ka Siong, JLM telah melaksanakan kerja-kerja pengerukan alur pelayaran dengan panjang alur yang dikeruk adalah 5.6 kilometer pada kedalaman 2.0 meter chart datum (CD) di Jeti Kuala Perlis semenjak Ogos 2018 hingga Mac 2019 dengan kos keseluruhan berjumlah RM13.8 juta bagi mengatasi masalah mendapan yang sering berlaku di terminal tersebut.

“Kerja-kerja pengerukan secara berkala yang dilaksanakan oleh JLM bukan sahaja telah meningkatkan keselamatan pelayaran feri penumpang, nelayan dan pengusaha bot di perairan tersebut, malah telah memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat bagi mengatasi fenomena air pasang besar yang menyebabkan limpahan air laut dan berlakunya banjir di Kuala Perlis dan kawasan setempat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bagi mengatasi kadar pemendapan yang tinggi, Projek Kerja-Kerja Pengerukan di Alur Pelayaran dan Lembangan (basin) Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis telah disenaraikan dan diluluskan sebagai keutamaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“JLM kini dalam proses menjalankan kerja pengerukan yang lebih menyeluruh meliputi pengerukan mendalamkan di lembangan (basin) hadapan Jeti Kuala Perlis dan juga alur pelayaran sepanjang sembilan kilometer pada kedalaman 4.0 meter CD dan 70 meter lebar.

“MOT yakin kerja-kerja dapat diselesaikan dalam kadar seberapa segera demi memastikan kelancaran perkhidmatan feri beroperasi untuk keselesaan serta kesinambungan pergerakan pengangkutan maritim dalam sektor Langkawi-Kuala Kedah-Kuala Perlis,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.