nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ka Siong puas hati mutu perkhidmatan JPJ Terengganu

10 FEB : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berpuas hati dengan prestasi dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Pengarahnya, En. Zulkarnain Bin Yasin.

Menurutnya, pelaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) dengan sepenuhnya adalah satu pendekatan yang baik serta memudahkan urusan rakyat dan menjimatkan masa daripada beratur di kaunter-kaunter JPJ.

“Selain itu, dengan mengoptimakan penggunaan 6 buah kiosk sedia ada dan ditambah lagi 6 buah kiosk tahun ini, ianya dapat menjamin perkhidmatan pantas dan mengurangkan giliran menunggu di kaunter seterusnya memberi keselesaan kepada orang ramai semasa berurusan di JPJ.

Ruang Prime Line untuk golongan OKU, warga emas mendapat pujian kerana memudahkan urusan golongan itu.

“Kewujudan laluan khas atau “prime lane” yang mengutamakan golongan kurang upaya (OKU), ibu mengandung, warga emas dan mangsa-mangsa banjir baru-baru ini juga mendapat pujian kerana memudahkan urusan orang ramai,” ujar menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Katanya, pertambahan 20 buah unit mobil JPJ tahun ini juga akan menyediakan perkhidmatan JPJ kepada rakyat yang berada jauh daripada cawangan-cawangan JPJ atau UTC khususnya penduduk luar bandar.

Hadir sama dalam lawatan kerja Ka Siong ke Pejabat JPJ Negeri Terengganu ini, Ketua Wilayah, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Timur, En. Mohammad Fakhri Bin Mansor.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata Program Tranformasi Perkhidmatan Bas Antara Bandar (SBST) atau dikenali sebagai MyBas, satu program subsidi kepada perkhidmatan bas berhenti-henti selama 5 tahun (2018-2023), juga dilaksanakan dengan lancar di Terengganu.

“4 laluan di antara Kuala Terengganu – Jeti Merang, Kuala Terengganu – Marang, Kuala Terengganu – Bukit Payung dan dalam Bandar Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan rakyat,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.