nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sabah kesan tiga lagi kluster pendidikan

10 FEB : Sabah mencatatkan tiga lagi kluster COVID-19 institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Getah dan Kluster Madai 2 di Kunak, manakala Kluster Jalan Gudon dikesan di Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster Jalan Getah membabitkan sebuah sekolah, dengan kes indeks seorang pelajar perempuan yang dikesan positif COVID-19 pada 7 Februari, selepas bergejala sejak 6 Februari.

“Saringan terhadap kontak rapat terdiri dari rakan satu asrama berjaya mengesan 19 lagi kes positif,” katanya yang juga merupakan jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Manakala kata Masidi, kluster Madai 2 yang juga dikesan di Kunak membabitkan SMK Madai, iaitu berkait dengan kes indeks pelajar perempuan, 13, disahkan positif COVID-19 pada 3 Februari selepas bergejala sejak 1 Februari, di mana saringan kontak rapat turut dibuat ke atas rakan satu asrama mendapati 39 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes.

Mengulas mengenai Kluster Jalan Gudon pula, Masidi menjelaskan kluster membabitkan SMK Bandar Raya Kota Kinabalu.

“Kes indeks seorang pelajar lelaki, 17, yang bergejala sejak 4 Februari didapati positif COVID-19 dalam saringan kendiri, sebelum mengesahkannya menerusi ujian RT- PCR pada 7 Februari. Saringan kontak rapat yang dijalankan terhadap 143 individu berjaya mengesan 21 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif seramai 22 kes, termasuk lima kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya, hari ini.

Masidi berkata, semua kes dalam ketiga-tiga kluster terbabit adalah dalam kategori ringan, diasingkan dan diberikan rawatan sewajarnya.

Selain kluster pendidikan, katanya, ada juga kluster tempat kerja, Kluster Sutera 2 di Kota Kinabalu membabitkan sebuah tapak pembinaan, di sini.

“Kes indeks seorang lelaki bukan warganegara, 33, iaitu kakitangan pengurusan yang dikesan positif COVID-19 pada 4 Februari di klinik swasta. Saringan terhadap 278 kontak rapat kemudian mendapati 57 lagi kes membabitkan pekerja di tapak berkenaan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58 kes, termasuk 50 kes baharu hari ini,” katanya.

Masidi berkata, sebanyak 2,969 kes COVID-19 di Sabah yang direkodkan hari ini dan tiada kes kematian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.