nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanda bakal tarik balik semua sekatan COVID-19

16 FEB : Belanda akan menarik balik hampir kesemua sekatan COVID-19, sekali gus menjadi negara Eropah terbaharu yang berbuat demikian meskipun jangkitan Omicron masih tinggi.

Menteri Kesihatan Belanda, Ernst Kuipers, berkata pub, restoran dan kelab malam akan kembali kepada waktu operasi seperti sebelum pandemik, dan penggunaan pas kesihatan akan dimansuhkan menjelang 25 Februari depan.

Katanya, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka akan tidak lagi diwajibkan di kebanyakan tempat, selain tempoh kuarantin mereka yang disahkan positif COVID-19 disingkatkan kepada hanya lima hari.

Bagaimanapun, beliau tetap memberi amaran bahawa pandemik itu masih belum berakhir walaupun kemuncaknya dilihat telah berlalu.

“Kita boleh bersikap optimistik tetapi juga harus realistik,” katanya.

Disember lalu, Belanda mengenakan sekatan antara yang paling ketat di Eropah bagi mengekang lonjakan jangkitan varian Omicron, namun memansuhkan sebahagiannya sepanjang tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia kini menyertai tindakan sama diambil sebilangan negara lain, termasuk Denmark dan Norway yang memansuhkan kebanyakan sekatan COVID-19.

Belanda yang mempunyai jumlah populasi 17 juta penduduk, merekodkan 482,695 kes positif COVID-19 pada minggu lalu, menurun 22 peratus berbanding minggu sebelum itu.

Mengulas lanjut, Kuipers berkata, arahan sebelum ini yang mengehadkan jumlah tetamu dibenarkan hadir di rumah, akan dimansuhkan secepat mungkin, manakala orang ramai dinasihatkan bekerja dari rumah untuk tempoh separuh minggu saja.

Bagaimanapun, orang ramai masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bagi menghadiri majlis membabitkan lebih 500 orang.

Manakala pemakaian pelitup muka akan tetap digalakkan tanpa diwajibkan termasuk amalan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa 25 Februari ini,

Bagi membendung risiko jangkitan, beliau berkata, orang ramai hanya perlu memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di lapangan terbang.

Sekatan perjalanan untuk sebilangan bukan negara Kesatuan Eropah (EU) akan turut ditarik balik, namun pengembara dari negara EU masih perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau pengesahan keputusan negatif ujian COVID-19 buat masa ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.