nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia rakan kongsi ideal pertanian lestari

21 FEB : Malaysia ialah rakan kongsi ideal pertanian lestari kerana ia memiliki semua unsur seperti rizab yang bernilai, sumber alam dan bahan mentah serta peluang untuk pertanian lestari berkembang maju.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selain daripada semua unsur itu, Malaysia juga adalah sebuah negara dengan persekitaran mesra perniagaan, infrastruktur berkelas dunia dan memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Ini diperkukuhkan dengan komitmen kerajaan kami menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Malaysia, selain daripada Dasar Agromakanan Kebangsaan 2.0 di bawah MAFI yang dirumuskan agar sejajar dengan Agenda Matlamat Pembangungan Lestari 2030 (SDG) dan lain-lain dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim dan kepelbagaian biologi,” kata Ronald dalam ucapan beliau pada Minggu Pertanian Lestari di Expo Dubai 2020 hari ini.

Teks ucapan Ronald dibacakan Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Mohd Tarid Sufian.

Selain daripada itu Ronald berkata pemodenan dan pertanian pintar adalah pengubah keadaan terhadap wawasan dan dasar menyeluruh dan kedua-duanya menjadi pemangkin kepada perkembangan amalan kelestarian di Malaysia.

Pengurusan dan penggunaan sumber alam seperti air serta tanah yang efektif dan secara lestari dalam pengeluaran makanan adalah penting bagi memastikan hasil yang optimum dan berterusan.

Berdasarkan pelaksanaan tekonologi perladangan pintar di Malaysia, Ronald berkata, penyelesaian menerusi internet semua benda, sensor dan dron telah mewujudkan keadaan operasi yang kondusif bagi perladangan, memberikan penjimatan selain daripada peningkatan keselesaan.

Mengulas mengenai perkongsian dengan UAE, Ronald berkata, status negara itu selaku hab pelaburan global juga membuka luas akses pasaran kepada syarikat-syarikat Malaysia yang sedang mencari pasaran untuk produk-produk mereka yang berinovasi, unik dan halal.

“Sementara itu, penyelidikan dan pembangunan yang berkembang maju di Malaysia, tenaga kerja belia yang berbakat dan peluang pemerkasaan diberikan kepada pekerja pertanian adalah antara aspek yang boleh dimanfaatkan UAE untuk menjadikannya lebih kukuh,” katanya.

Ronald berkata, beliau percaya terdapat banyak cara untuk Malaysia dan UAE boleh bekerjasama untuk memajukan dan meningkatkan usaha bagi menjadikan pertanian sebuah sistem yang lestari dan berdaya tahan bagi memastikan sekuriti makanan, keselamatan dan sara diri untuk kedua-dua negara.

Menurut beliau pandemik COVID-19 yang berterusan, perubahan iklim dan kemiskinan merupakan cabaran rumit memajukan pertanian lestari selain daripada memastikan ia dilaksanakan secara berkesan dan meluas di negara masing-masing.

“Kami percaya cabaran ini boleh diatasi dan ditangani dengan mewujudkan perkongsian dan usaha menerusi platfrom strategik seperti Expo 2020 Dubai dan kami berharap kepada usaha dan libat urus untuk menghasilkan kerjasama produktif sepanjang Minggu Pertanian Lestari Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.