nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pinda perlembagaan beri kuasa mahkamah syariah

21 FEB: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang untuk meminda Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden PGSM, Musa Awang, berkata ia bagi memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri mengadakan undang-undang untuk memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah Negeri menjalankan kuasa semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan.

Keputusan itu perlu dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri atau jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang syariah negeri serta jawatankuasa fatwa negeri-negeri.

“PGSM berpandangan bahawa semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri atau jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang syariah negeri termasuk jawatankuasa fatwa negeri-negeri sewajarnya dibuat oleh Mahkamah Syariah.

“Ia adalah forum yang sesuai dan kompeten kerana membabitkan pihak dalam kalangan orang beragama Islam dan berpaksikan kepada Hukum Syarak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, bagi melaksanakan maksud pindaan tersebut, PGSM menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji dan mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri menyemak semula fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Selain itu Mahkamah Persekutuan juga mengisytiharkan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu terbatal.

Seksyen 66A sebelum ini menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah enakmen tersebut.

Pada 21 Januari 2020, Sisters In Islam (SIS) Forum memfailkan notis usul antara lainnya memohon deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.